Sambutan Kemerdekaan Klinik Primer HCTM

19 Aug 2026

Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan Bil. 3/2026 Klinik Primer HCTM telah berlangsung dalam suasana meriah bersempena Bulan Kebangsaan pada 7 Ogos 2026 bertempat di Bilik Tutorial Klinik Primer HCTM. Majlis dimulakan dengan bacaan doa serta nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita, diikuti tayangan montaj sejarah dan perkembangan Klinik Primer HCTM.

Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat daripada Prof. Madya Dr Saharuddin Bin Ahmad, Ketua Jabatan Perubatan Keluarga, serta Dr Wan Nur Sabrina Binti Wan Manshol, Timbalan Penyelaras Klinik Primer HCTM. Dr Afaaf Binti Esa turut memperkenalkan carta organisasi terkini Jabatan Perubatan Keluarga.

Majlis diakhiri dengan aktiviti bertemakan kemerdekaan dan jamuan bersama. Sambutan ini menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat patriotisme, mengeratkan hubungan serta memperkukuh semangat kekitaan dalam kalangan warga Klinik Primer HCTM.

Dirgahayu Malaysia. Dirgahayu Klinik Primer HCTM.

Search

+