Health Talk Bersama Pegawai Perubatan Klinik Primer HCTM

26 Jun 2026

Pegawai Perubatan HCTM terus memainkan peranan aktif dalam memperkasa kesedaran kesihatan awam menerusi penglibatan sebagai penceramah dalam  program yang berlangsung pada Mei dan Jun 2026.

Pada 12 Mei 2026 bertempat di Dewan Serbaguna 1, Bangunan Blok Tambahan, HCTM. Program anjuran Unit Latihan dan Perkembangan Kerjaya, Jabatan Sumber Manusia ini menampilkan Dr. Nazrina Binti Noor ‘Azlan yang menyampaikan ceramah bertajuk “Kolesterol Terkawal Badan Sihat” sempena Program Fun Fit: Gaya Hidup Aktif Warga Kerja bagi memupuk kesedaran pengurusan kolesterol dalam kalangan pekerja.

Seterusnya pada 16 Jun 2026, Dr. Fatimatul Syahirah Binti Mohd Badli Shah telah dijemput sebagai penceramah bagi mengupas tajuk “Bahaya Obesiti” di bawah Program Komuniti Sihat Hidup Sejahtera 4.0 (Mission Possible: Shape Up!). Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Dietetik & Sajian Makanan HCTM, UKM ini telah berlangsung di Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, DBKL, Cheras, bagi mendidik masyarakat mengenai pengurusan berat badan yang sihat.

Pelaksanaan siri ceramah ini memberikan impak positif yang besar dalam meningkatkan literasi kesihatan, sekali gus mendorong perubahan gaya hidup yang lebih aktif dan pemakanan seimbang dalam kalangan warga kerja dan komuniti. Usaha pencegahan di peringkat akar umbi ini secara langsung membantu mengurangkan risiko penyakit kronik, meningkatkan produktiviti kerja, serta melahirkan masyarakat yang lebih prihatin terhadap penjagaan kesihatan kendiri.

 

Search

+