Bowling Santai Bersama Klinik Primer HCTM

31 Jul 2026

Pada 25 Julai 2026 (Sabtu), Kelab Familia Klinik Primer HCTM telah berjaya menganjurkan program Bowling Santai di Wangsa Bowl, Wangsa Walk Mall. Program ini menghimpunkan ahli kelab bersama keluarga untuk meluangkan masa, beramah mesra dan menikmati aktiviti bowling dalam suasana yang santai, meriah dan penuh gelak tawa. Selain dua pusingan permainan, peserta turut menikmati sarapan bersama sebelum acara diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah.

Tahniah kepada 10 pemain terbaik yang berjaya mencatatkan skor tertinggi pada hari tersebut. Gelaran juara keseluruhan telah dimenangi oleh Encik Syafiq dari Unit Farmasi, Klinik Primer HCTM atas prestasi cemerlang beliau. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga kita berjumpa lagi dalam aktiviti Kelab Familia yang akan datang!

 

Search

+