Perhimpunan Bulanan Klinik Primer HCTM Bil 2/2026
Perhimpunan kakitangan tahun 2026 Bilangan 2 telah diadakan pada 5 Jun 2026 dengan kehadiran warga Klinik Primer HCTM dan Jabatan Perubatan Keluarga. Majlis dimulakan dengan Lagu Negaraku, Varsiti Kita serta bacaan doa. Perhimpunan kali ini lebih bermakna dan penuh kelainan kerana tiada tema yang istimewa seperti perhimpunan sebelum ini. Ini sejajar dengan saranan untuk lebih berjimat cermat dan sederhana terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Majlis dilengkapkan dengan ucapan daripada Profesor Madya Dr Saharuddin Bin Ahmad selaku Ketua Jabatan Perubatan Keluarga dan diikuti oleh Dr Rahmah Binti Kamaludin selaku Penyelaras Klinik Primer HCTM.
Dalam ucapan mereka menyampaikan maklumat, amanat dan hala tuju semasa jabatan kepada semua kakitangan. Tidak lupa juga memperkenalkan anggota Klinik Primer HCTM yang terbaru terdiri daripada Pelajar Pascasiswazah Tahun Ketiga. Peringatan diberikan agar sentiasa meningkatkan motivasi dan komitmen kakitangan dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang.
Perhimpunan berjalan dengan baik dan lancar dan bersurai pada jam 9 pagi .
