Jom Infaq – Ruang musolla di Dewan Bedah dan pengubahsuaian Surau Ibnu Sina HCTM

5 Apr 2022 2022, Berita

CHERAS, 4 April 2022 – Seramai 110 orang warga HCTM dan UKM telah menghadiri  Program Jom Infaq bersempena dengan Sambutan Jubli Perak HCTM dan bulan menyambut Ramadhan di Auditorium HCTM pada tengahari ini.

Program anjuran Surau Ibnu Sina HCTM dengan kerjasama Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur merupakan satu usaha untuk mencari dana pengubahsuaian dan pembesaran Surau Ibnu Sina serta pembinaan ruang musolla di Dewan Bedah. Jom Infaq menyasarkan kutipan sebanyak RM 40,000 bagi pembinaan ruang musolla di Dewan Bedah dan sebanyak RM 1.2 juta untuk pengubahsuaian Surau Ibnu Sina HCTM.

Majlis disempurnakan dengan perasmian program Jom Infaq dan juga penyampaian hadiah Pertandingan Tilawah Al-Quran KKL Sempena Jubli Perak HCTM oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Johan Pertandingan Tilawah Al-Quran telah dimenangi oleh Encik Ary Fadhly Shahrin Bin Makbul, Unit Kenderaan KKL dan  Puan Ezaharyoni Binti Ahmad Kadri, Jabatan Oftamologi.

Hadir dalam majlis Dr. Wan Haslan Bin Khairuddin, Pengarah Pusat Islam UKM, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Dr. Rohaizak Bin Muhammad, Ketua Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur, dan PU Riz sebagai penceramah undangan.

 

Search

+