HCTM Bermunajat

2 Jun 2021 2021, Berita

CHERAS, 31 Mei 2021 – Program HCTM Bermunajat anjuran Pejabat Pengarah HCTM yang diadakan pada tengahari tadi telah mendapat penyertaan lebih 400 orang melalui “Zoom Meeting” dan FB Live HCTM.

Program dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) HCTM dan ucapan pembukaan oleh Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor KKL UKM. Bacaan Yasin dan Zikir Munajat telah dibimbing oleh Ustaz Hasrizal, Pegawai Hal-Ehwal Islam, Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur UKM. Inisiatif ini adalah untuk mendoakan kesihatan dan keselamatan warga kerja HCTM dan UKM serta seluruh rakyat Malaysia agar terhindar dari musibah wabak COVID-19 dan memohon agar mereka yang dijangkiti kembali sembuh seperti sediakala.

Turut serta dalam program ini ialah Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM, Prof. Dr. Rohaizak Muhammad, Ketua Pusat Islam KKL, Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran), warga kerja HCTM dan UKM.

Search

+