Glitz and Glam – Majlis Anugerah Perkhidmatan Tahun 2024
Majlis Anugerah Perkhidmatan Tahun 2024 yang diadakan pada jam 8.30 malam di Dewan Tun Razak Bank Rakyat Convention Centre telah diadakan buat julung kalinya untuk menghargai warga HCTM yang telah menabur bakti dan berkhidmat dengan cemerlang.
Ucapan telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM. Menurut beliau, penganjuran majlis anugerah ini menjadi ruang untuk meraikan warga kerja yang telah menunjukkan prestasi kerja serta pencapaian yang tinggi dan amat membanggakan sepanjang tahun 2023 dan juga kakitangan HCTM yang telah menabur bakti selama 20 tahun.
Seramai 238 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2023 dan 120 penerima Anugerah Perkhidmatan 20 Tahun telah menghadiri majlis ini dengan busana unik dan pelbagai gaya mengikut tema Glitz and Glam. Penganugerahan dan pengiktirafan ini secara tidak langsung dapat menyuntik semangat, mencetus inspirasi, menjadi suri teladan kepada semua warga kerja HCTM dalam membentuk dan memantapkan lagi ekosistem pekerjaan yang cemerlang. Majlis turut diserikan dengan Pelancaran Kemudahan Terbaharu di HCTM serta persembahan nyanyian daripada pelajar-pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Turut hadir YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Ahli-Ahli Pengurusan Tertinggi UKM, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, YBhg. Prof. Datin Dr. Marina Mat Baki, Dekan Fakulti Perubatan, Ahli-ahli Pengurusan Utama HCTM, Ketua-Ketua Jabatan, dan Pegawai-Pegawai Kanan HCTM.
