Unit ini telah ditubuhkan pada Januari 2000 dengan tujuan untuk menyediakan sediaan ubat kemoterapi yang selamat dan tepat kepada pesakit. Kini, Unit ini berfungsi sebagai pusat unit rekonstitusi bagi unit jagaan harian hematologi , onkologi , serta pesakit pediatrik hematologi / onkologi di PPUKM .
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah :
• Pemeriksaan carta pesakit untuk maklumat mengenai berat badan, ketinggian , alahan pesakit , pra dan post terapi yang diterima pesakit serta pemonitoran keputusan makmal bagi mengurangkan kemungkinan komplikasi iatrogenic akibat administrasi ubat
• Menangani soalan-soalan khusus dari serta memastikan rumusan yang betul dan pengedaran ubat-ubatan kemoterapi kanser
• Pegawai Farmasi juga bekerjasama dengan pakar-pakar perubatan mengenai pelaksanaan protokol dalam peringkat percubaan serta memberi kaunseling kepada pesakit dan kakitangan mengenai dos agen kemoterapi yang berbeza serta kesan sampingannya.
• Memantau penyediaan sediaan kemoterapi oleh Penolong Pegawai Farmasi terlatih• Memastikan langkah-langkah keselamatan dan pengendalian sediaan kemoterapi diamalkan sepanjang masa.
• Dengan menjalin komunikasi yang rapat dengan kakitangan perubatan dan jagaan unit hematologi / onkologi, unit CDR sedang giat bekerja ke arah pengurusan yang selamat, cekap dan kos efektif kepada pesakit.
• Menyediakan latihan asas dan pengetahuan mengenai rekonstituasi sitotoksik untuk pelajar farmasi tahun akhir.
• Menyediakan latihan dan sesi sangkutan mengenai perkhidmatan CDR untuk ahli profesional kesihatan tempatan dan antarabangsa
• Audit tahunan mengenai perkhidmatan CDR di PPUKM