Klinik Berhenti Merokok telah ditubuhkan secara rasminya pada 22 April 2006. Pada mulanya, perkhidmatan klinik ini hanya terbuka kepada kakitangan PPUKM sahaja. Namun selepas 8 bulan beroperasi, perkhidmatan ini telah diperluaskan kepada pesakit yang dirujuk oleh Pakar Perubatan dari PPUKM dan Klinik Primer Bandar Tasik Selatan.

Dengan penglibatan seramai 25 orang Pegawai Farmasi yang telah diiktiraf sebagai Certified Smoking Cessation Service Provider (CSCSP) serta penggunaan Terapi Penggantian Nikotin (NRT) dan Varenicline (Champix), ramai pelanggan hospital telah mendapat manfaat dari perkhidmatan klinik ini.Penggunaan NRT dalam membantu pelanggan untuk berhenti merokok telah disokong oleh kajian yang telah membuktikan bahawa kadar kejayaan berhenti merokok meningkat 2 kali ganda berbanding dengan tekad/semangat semata-mata. Selain itu, penggunaan Varenicline (Champix) turut meningkatkan kadar kejayaan berhenti merokok 2 kali ganda berbanding dengan pelekat nikotin sahaja.

Objektif Klinik Berhenti Merokok :

  1. Membekalkan NRT dan kaunseling kepada perokok untuk membantu mereka berhenti merokok.
  2. Menyediakan pemantauan dan bantuan yang berterusan untuk memastikan usaha berhenti merokok pelanggan dapat dikekalkan.
  3. Untuk mengurangkan insidens penyakit berkaitan merokok di kalangan kakitangan PPUKM dan orang awam.
  4. Meningkatkan penglibatan Pegawai Farmasi dalam mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan orang ramai.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *