Pengenalan

Perkhidmatan Farmasi adalah salah satu komponen utama perkhidmatan sokongan klinikal di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM yang menyediakan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang komprehensif.

Jabatan ini diterajui oleh Ketua Jabatan Farmasi, Puan Michelle Tan Hwee Pheng dan disokong oleh seramai 173 orang kakitangan yang terdiri daripada Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Farmasi serta kakitangan sokongan pelbagai disiplin.

Visi

Bertekad menjadi peneraju perkhidmatan farmaseutikal yang selamat, berkualiti dan berfokuskan pesakit. 

Misi

Memberi perkhidmatan farmaseutikal yang selamat, cekap dan berkualiti  melalui pengurusan ubat yang optimum dan penambahbaikan berterusan.

Matlamat

Ke arah perkhidmatan farmaseutikal yang selamat, cekap dan berkualiti berpandukan teras utama seperti berikut:

  1. Kualiti dan Keselamatan Pesakit – Memberi perkhidmatan yang berprestasi tinggi, beretika, berakauntabiliti dan mengutamakan keselamatan pesakit
  2. Pembangunan Modal Insan – Komited kepada pembelajaran berterusan dan pembangunan professional.
  3. Amanah, Telus, Akauntabiliti – Mengamalkan integriti dalam semua aspek perkhidmatan farmasi.
  4. Inovasi dan Penambahbaikan Berterusan – Sentiasa memperbaiki proses sedia ada secara berterusan untuk menghasilkan penyelesaian yang kreatif dan praktikal. 
  5. Kolaborasi Pelbagai Disiplin – Menggalakkan kolaborasi berkesan antara disiplin untuk penjagaan pesakit yang optimum.

Objektif

  1. Mendispens ubat-ubatan dengan selamat, efisien dan tepat. selamat, cekap dan berkualiti.
  2. Mengukuhkan sistem perolehan dan bekalan bagi memenuhi keperluan ubat-ubatan di hospital berdasarkan peruntukan tahunan.
  3. Memantapkan Perkhidmatan Farmasi Klinikal untuk meningkatkan kualiti rawatan pesakit.
  4. Menjadi sebuah pusat rujukan kecemerlangan latihan pelajar dan penyelidikan Farmasi Prasiswazah dan Pascasiswazah.

 

Objektif Kualiti

  1. Memastikan tiada kesilapan dalam proses pendispensan ubat-ubatan dan sifar kesilapan yang menyebabkan kemudaratan serius.
  2. Memastikan ≥95% daripada pesakit luar menerima ubat-ubatan mereka dalam tempoh 30 minit.
  3. Memastikan ≥80% daripada pesakit di wad yang mempunyai Pegawai Farmasi Klinikal dipantau pengubatan mereka.

Fungsi Jabatan 

Jabatan Farmasi berfungsi melalui lapan unit utama 

  1. Unit Ambulatori  
  • Farmasi Pesakit Luar
  • Farmasi Satelit Tingkat 1
  • Farmasi Kecemasan
  • Farmasi Satelit Lobi Utama 
    • Perkhidmatan Discaj
  • Farmasi Special Formulary    
  • Farmasi Klinik Primer 
  • Farmasi Kaunseling Pesakit Luar 
  • Perkhidmatan Farmasi Tambah Nilai 
    • Ubat Melalui Pos 
    • Panggil dan Ambil

2. Unit Farmakoterapi

  • Farmasi Pesakit Dalam
    • Perkhidmatan Bekalan Wad, Stok Lantai
    • Perkhidmatan Dadah Berbahaya dan Psikotropik
    • Perkhidmatan Persediaan Galenikal
  • Farmasi Klinikal
    • Perkhidmatan Farmasi Wad 
    • Perkhidmatan Kaunseling Ubat-Ubatan (Klinikal)
    • Perkhidmatan Pemantauan Terapeutik Ubat
    • Perkhidmatan Antimicrobial Stewardship (AMS)
    • Perkhidmatan Medicine Therapy Adherence Clinic (MTAC)
      • Klinik Berhenti Merokok 
      • Klinik Warfarin 
      • Klinik Chronic Myeloid Leukemia (CML)   
      • Klinik Bone Marrow Transplant (BMT)    
      • Klinik Heart Failure
      • Klinik Direct Anticoagulants (DOAC)   
      • Klinik Renal Transplant       

3.Unit Kawalan Kualiti

4.Unit Informatik dan Maklumat Ubat-Ubatan

5.Unit Perolehan

6.Unit Logistik

  • Stor Farmasi Utama
  • Stor IV Drip
  • Stor Mudah Terbakar

7.Unit Steril 

  • Perkhidmatan Rekonstitusi Ubat Sitotosik 
  • Perkhidmatan Penyediaan Nutrisi Parenteral 
  • Perkhidmatan Penyediaan Admixtures Intravena dan sediaan steril yang Lain

8.Pengimejan molekul dan perubatan nuklear (di bawah tanggungjawab Jabatan Pengimejan Molekul & Perubatan Nuklear)