Unit ini diwujudkan bagi menyediakan dan membekalkan nutrisi intravena atau sediaan ubat-ubatan steril dengan menggunakan teknik aseptik.  Pegawai Farmasi akan memberikan cadangan untuk pesakit yang memerlukan sokongan nutrisi dan membantu merangka regimen yang sesuai untuk pesakit. Pegawai Farmasi juga terlibat dalam pemantauan berterusan semua pesakit yang menerima TPN di hospital.

Perkhidmatan:

  • Sediaan Nutrisi Parenteral (3 dalam 1 beg untuk orang dewasa, 2 dalam 1 untuk pesakit pediatrik dan pesakit neonate).
  • Sediaan ubat titis mata/telinga / hidung.
  • Sediaan larutan intravena untuk Acute Pain Service (APS) di unit PPUKM.
  • Sediaan ubatan suntik dan sediaan ubat titis mata.
  • Terlibat dalam kajian klinikal yang berkaitan dengan nutrisi parenteral .
  • Menganjurkan program latihan kepada pelatih tempatan dan antarabangsa.
  • Audit tahunan perkhidmatan nutrisi parenteral di wad neonatal dan pesakit dewasa.

Kemudahan:

Unit ini dilengkapi dengan kemudahan bilik bersih serta lamina mendatar. Persediaan dijalankan oleh pengendali terlatih bagi memastikan semua produk akhir adalah steril. Stesen kerja dan bilik bersih menjalani proses pensijilan setiap tahun untuk memastikan tahap kebersihan yang maksimum.