di2

 

 

 

 

 

 

Perkhidmatan utama unit ini adalah untuk menjawab sebarang pertanyaan mengenai ubat-ubatan yang diterima daripada ahli profesional kesihatan yang lain serta orang awam. Antara perkhidmatan lain yang disediakan oleh unit ini adalah seperti :

Penilaian Ubat-ubatan: Pencarian jurnal, penilaian kajian klinikal, penyediaan data untuk penilaian ubat-ubatan dan memberi nasihat tentang potensi peranan ubat-ubatan baru dalam rawatan.

• Penyebaran Maklumat: Untuk menyebarkan maklumat terkini dan buletin farmasi kepada seluruh warga hospital terutamanya kepada ahli profesional kesihatan yang lain di dalam hospital.

• Penglibatan dalam Jawatankuasa Terapeutik Ubat-ubatan & Formulari Ubat-ubatan (JKTU): Menyediakan perkhidmatan kepada ahli jawatankuasa yang berkenaan serta membantu mengemaskini Formulari Ubat-ubatan dan menetapkan protokol garis panduan / dasar / polisi ubat-ubatan.

• Penyelaras Skim Laporan Kesan Advers Ubat-ubatan bagi hospital – Malaysian Adverses Drug Reaction Advisory Comittee (MADRAC) www.bpfk.gov.my

• Menyediakan Latihan & Pendidikan Berterusan: Melibatkan diri dalam pendidikan dan latihan bagi semua peringkat kakitangan farmasi; menganjurkan/ menyediakan bahan-bahan untuk perbincangan; membantu dalam perancangan bagi Pegawai Farmasi Provisional.

• Pencarian Terperinci: Menggunakan dan memberi nasihat tentang pilihan sumber primer, sekunder & tertier.

• Latihan kemahiran pencarian maklumat: Kemahiran berkomunikasi , strategi carian yang efektif, pemilihan  sumber rujukan dengan cekap, urusan implikasi etika , penilaian dan pengendalian data, komunikasi dengan pengguna perkhidmatan unit sama ada secara berrtulis, kemahiran lisan atau pun pembentangan, serta  dokumentasi pertanyaan.

• Peranan selaku Pendukung & Penasihat: Bertindak selaku pusat rujukan untuk membincangkan masalah-masalah klinikal , etika dan diplomatik, penyediaan  garis panduan untuk menguruskan masalah kompleks / sukar; penetapan panduan mengenai penggunaan produk yang tidak berlesen.

• Program Kualiti: ISO 9000:2001, MSQH , 5S

Waktu Operasi: 8:00 am – 5:00 pm

Cuti umum/Sabtu/Ahad : Tutup