Perkhidmatan utama unit ini adalah untuk menjawab sebarang pertanyaan mengenai ubat-ubatan yang diterima daripada ahli profesional yang lain serta orang awam. Antara perkhidmatan lain yang disediakan oleh unit ini adalah:

Penilaian Ubat-Ubatan

Pencarian jurnal, penilaian kajian klinikal, penyediaan data untuk penilaian ubat-ubatan dan memberi nasihat tentang potensi peranan ubat-ubatan baru dalam rawatan.

Penyebaran Maklumat

Menyebarkan maklumat terkini dan buletin farmasi kepada seluruh warga hospital terutamanya kepada ahli profesional kesihatan yang lain di dalam hospital

Penglibatan dalam JKTU

Menyediakan perkhidmatan kepada ahli jawatankuasa yang berkenaan serta membantu mengemaskini Formulari Ubat-Ubatan dan menetapkan protokol garis panduan/dasar/polisi ubat-ubatan

Penyelaras Pelaporan Kesan Advers Ubat/Susulan Imunisasi

Memproses dan menganalisa Laporan Kesan Advers Ubat-Ubatan bagi seluruh hospital untuk dihantar ke Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)

Menyediakan Latihan Berterusan

Melibatkan diri dalam pendidikan dan latihan bagi semua peringkat kakitangan farmasi, menganjurkan/menyediakan bahan-bahan untuk perbincangan, serta membantu dalam perancangan bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP)

Latihan Kemahiran Pencarian Maklumat

  • Menggunakan dan memberi nasihat tentang pilihan sumber primer, sekunder & tertier
  • Kemahiran berkomunikasi, strategi carian yang efektif, pemilihan sumber rujukan dengan cekap, penilaian dan pengendalian data.
  • Komunikasi dengan pengguna perkhidmatan unit sama ada secara bertulis atau lisan serta dokumentasi pertanyaan

Peranan selaku Pendukung & Penasihat

Bertindak selaku pusat rujukan untuk membicangkan masalah-masalah klinikal, etika dan diplomatik, penyediaan untuk menguruskan masalah kompleks, penetapan panduan mengenai penggunaan produk yang tidak berlesen