Unit Nutrisi Parenteral

Unit ini diwujudkan bagi menyediakan dan membekalkan nutrisi intravena atau sediaan ubat-ubatan steril dengan menggunakan teknik aseptik

  • Pegawai Farmasi akan memberikan cadangan untuk pesakit yang memerlukan sokongan nutrisi dan membantu merangka regimen yang sesuai untuk pesakit
  • Pegawai Farmasi jugak terlibat dalam pemantauan berterusan semua pesakit yang menerima TPN di hospital

Perkhidmatan:

  • Sediaan nutrisi parenteral (Beg 3 dalam 1 untuk pesakit dewasa, 2 dalam 1 untuk pesakit pediatrik dan neonate)
  • Sediaan ubat titis mata/telinga/hidung
  • Sediaan larutan intravena untuk unit Acute Pain Service.
  • Sediaan ubat suntik mata
  • Terlibat dalam kajian klinikal yang berkaitan dengan nutrisi parenteral
  • Menganjurkan program latihan kepada pelatih tempatan dan antarabangsa

Unit Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (CDR)

Unit ini ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan sediaan ubat kemoterapi yang selamat dan berkesan kepada pesakit di wad-wad dan pusat rawatan harian

 

Perkhidmatan

  • Pemantauan pesakit oleh Pegawai Farmasi di wad-wad dan pusat rawatan harian
  • Menjawab pertanyaan spesifik mengenai ubat sitotoksik
  • Terlibat dalam kajian klinikal yang berkaitan dengan ubat kanser dan kemoterapi
  • Menganjurkan program latihan kepada pelatih tempatan dan antarabangsa
  • Audit tahunan perkhidmatan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik di HCTM

Kemudahan:

  • Unit ini dilengkapi dengan kemudahan bilik bersih serta laminar mendatar.
  • Persediaan dilakukan oleh pengendali terlatih bagi memastikan semua produk akhir adalah steril.
  • Stesen kerja dan bilik bersih menjalani proses pensijilan setiap tahun untuk memastik tahap kebersihan yang maksimum