Unit ini terdiri daripada 16 orang pegawai farmasi yang memantau wad-wad di HCTM

Antara rutin pegawai farmasi klinikal adalah:

  • Pemantauan pesakit – penyertaan dalam ward round
  • Kaunseling ubat-ubatan
  • Pemonitoran Teraputik Ubat (TDM)
  • Penyertaan dalam Mesyuarat Jabatan Perubatan
  • Penyertaan dalam Program Pemulihan Pulmonari

Pemantauan pesakit dijalankan untuk

  • Mendapatkan sejarah penyakit & perubatan pesakit
  • Memastikan dos & administrasi ubat yang betul
  • Memantau kontraindikasi, interaksi serta kesan sampingan ubat-ubatan
  • Mengenal pasti pesakit yang memerlukan kaunseling
  • Mengenal pasti pesakit yang memerlukan TDM

Perkhidmatan yang disediakan

Pemonitoran Terapeutik Ubat (TDM) merujuk kepada paras kandungan ubat-ubatan tertentu dalam darah pesakit

Pegawai Farmasi akan mencadangkan pengubahsuaian dos yang optimum berdasarkan kandungan ubat dalam darah agar pesakit mendapat faedah klinikal yang maksimum dan mengelakkan kesan toksik ubat

Ubat-ubatan yang memerlukan pemonitoran dan pemantauan yang lebih jitu adalah dikalangan ubat-ubatan yang mempunyai julat terapeutik yang kecil serta kesan sampingan yang berpotensi toksik seperti antibiotik Aminoglycoside, Vancomycin, Phenytoin, Digoxin & Theophylline.

Bedside counseling disediakan kepada pesakit untuk memastikan administrasi ubat yang tepat dan selamat serta membantu meningkatkan tahap kepatuhan terhadap rawatan.

Antara topik yang diberikan kaunseling adalah

  • pengurusan penyakit kencing manis
  • cara penggunaan alat sedut untuk asma dan COPD
  • cara pemakanan ubat cair darah
  • cara penggunaan ubat suntik sendiri

Warfarin adalah ubat cair darah yang diberikan kepada pesakit untuk indikasi yang berbeza. Penglibatan Pegawai Farmasi secara langsung di Klinik MTAC Warfarin adalah untuk menyediakan penjagaan bersepadu dan selamat kepada para pesakit.

Semua pegawai farmasi adalah terlibat dalam klinik MTAC ini yang diselia oleh seorang pegawai farmasi dari unit Klinikal.