Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar terdiri daripada Farmasi Pesakit Luar Utama dan lima farmasi satelit untuk menampung semua pesakit HCTM yang datang mengambil ubat

FARMASI PERUBATAN KECEMASAN

Membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di Jabatan Perubatan Kecemasan.

*Perkidmatan kepada pesakit discaj dari wad telah berpindah ke Farmasi Satelit Lobi Utama

Waktu Operasi

Setiap hari termasuk cuti umum: 24 jam

FARMASI PESAKIT LUAR UTAMA

Terdapat 7 kaunter pendispensan dan 1 kaunter penerimaan preskripsi untuk menampung pesakit-pesakit dari:

  1. Klinik Ortopedik
  2. Klinik Surgery
  3. Klinik Perubatan 1 & 2
  4. Pusat Endoskopi
  5. Preskripsi ulangan discaj dari wad

Waktu Operasi

Isnin-Jumaat:7.30 pagi – 6 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup

FARMASI SATELIT LOBI UTAMA (Dahulu dikenali sebagai Farmasi PONS)

Memberikan perkhidmatan untuk pesakit-pesakit dari:

  1. Klinik Pediatrik
  2. Klinik Nefrologi dan SLE
  3. Klinik O&G
  4. Poliklinik Warga
  5. Preskripsi ulangan dari Wad Medikal 3 (Nefrologi)

Waktu Operasi

Isnin-Jumaat: 8 pagi – 5 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup

Farmasi ini juga membekalkan ubat-ubatan untuk pesakit yang baru discaj dari wad (ubat akan dibekalkan pada hari berikutnya sekiranya melebihi waktu yang ditetapkan)

Waktu Operasi (Discaj)

Isnin-Jumaat: 8.30 pagi – 7 malam
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 10 pagi – 3 petang

FARMASI NON-FORMULARY (NF)

Membekalkan ubat-ubatan yang tidak tersenarai dalam Formulari Hospital dengan harga yang rendah. Farmasi NF hanya menerima preskripsi dari HCTM sahaja.
Menguruskan perihal bekalan ubat-ubatan dengan kerjasama Jabatan Kerja Sosial & Perubatan dan pesakit yang menggunakan Borang Sara Ubat JPA.

Waktu Operasi

Isnin-Jumaat: 8.30 pagi – 5.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup

FARMASI PUSAT PERUBATAN PRIMER (PLAZA DWITASIK)

Terletak di Klinik Primer, Plaza Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, farmasi ini memberi perkhidmatan kepada penduduk di Bandar Sri Permaisuri. Farmasi Klinik Primer hanya membekalkan ubat untuk pesakit ulangan dari klinik-klinik pakar dari HCTM.

Waktu Operasi
Isnin-Jumaat: 8 pagi – 5 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup

FARMASI SATELIT TINGKAT 1 (FTK 1)

Memberikan perkhidmatan untuk pesakit dari:

  1. Klinik Otorinolaringologi (ENT)
  2. Klinik Oftalmologi
  3. Klinik Psikiatri
  4. Klinik Maksilofasial & Surgeri Oral
  5. Klinik Onkologi

Waktu Operasi
Isnin-Jumaat: 8 pagi- 5 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup