Farmasi Bekalan Wad membekalkan ubat-ubatan kepada semua wad dan unit-unit di HCTM. Pegawai Farmasi dan penolong pegawai farmasi akan menyaring semua preskripsi yang diterima dan pembekalan ubat akan dihantar dalam jangkamasa antara 15 minit hingga 3 jam
- Hari pesanan telah ditetapkan bagi setiap wad dan unit
- Senarai ubat-ubatan stok lantai bagi setiap wad dan unit dinilai 2 kali setahun untuk memastikan tiada kekurangan dan pembaziran ubat berlaku
- Kakitangan Jabatan Farmasi akan mengisi semua stok lantai mengikut pesanan dan keperluan wad. Stok lantai wad akan dihantar ke wad berkenaan mengikut jadual.
- Semua ubat-ubatan yang telah dipreskrip doktor dibekalkan kepada pesakit berdasarkan preskripsi yang telah diterima
- Tempoh bekalan bagi setiap preskripsi adalah 5 hari sahaja
- Bekalan ubat injeksi akan disaring setiap 3 hari
- Kedua-dua DD dan ubat psikotropik boleh dibekalkan sama ada melalui pesanan stok lantai atau melalui sistem unit dos bergantung kepada kekerapan penggunaan wad/unit masing-masing
- Penyimpanan dan dokumentasi DD dan psikotropik hanya dikendalikan oleh Pegawai Farmasi/Pegawai Farmasi Provisional
- Unit ini bertanggungjawab untuk menghasilkan sediaan extemporaneous dan pra-bungkus seperti losyen, krim, salap & sirap oral yang tidak boleh didapati secara komersial
- Produk sediaan ini dibekalkan untuk kegunaan di wad dan unit-unit di hospital