Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah menggantung pendaftaran produk yang mengandungi chloroform/chloroform spirit sebagai pengawet (preservative) dalam produk farmaseutikal, produk semula jadi dan produk suplemen kesihatan.
Penggunaan chloroform/chloroform spirit sebagai pengawet adalah dilarang selaras dengan arahan Pengarah Perkhidmatan Farmasi Bilangan 16 Tahun 2024.
Di HCTM, terdapat SATU produk yang terlibat iaitu Rexom Mist. Magnesium Trisilicate. Pesakit digalakkan untuk memulangkan semula semua ubat tersebut ke Farmasi.