Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 20 Mac 2023 telah membatalkan pendaftaran dan mengeluarkan arahan panggil balik semua produk yang mengandungi Pholcodine.

Ini berikutan terdapatnya risiko keselamatan yang dikesan iaitu risiko terjadinya reaksi alahan teruk yang boleh mengancam nyawa dengan penggunaan ubat pengendur otot (muscle-relaxant) atau neuromuscular blocking agents (NMBAs) semasa proses pembiusan umum (general anaesthesia), terutamanya kepada mereka yang pernah
mengambil ubat yang mengandungi pholcodine dalam tempoh 12 bulan lalu.

Di HCTM, terdapat SATU produk yang mengandungi Pholcodine iaitu Duro-Tuss Regular (Pholcodine 15mg/15mL Sugar Free Linctus). Pesakit digalakkan untuk memulangkan semula semua ubat yang mengandungi Pholcodine ke Farmasi.

Sumber: KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PEMBATALAN PENDAFTARAN DAN PANGGIL BALIK BAGI SEMUA PRODUK YANG MENGANDUNGI PHOLCODINE BERIKUTAN RISIKO KESELAMATAN DIKESAN, 23 Mac 2023