PERTUKARAN ALAT SEDUT - SPIRIVA RESPIMAT

Alat sedut Spiriva Respimat telah ditukarkan daripada disposable device (alat pakai buang) kepada reusable device (alat guna semula). Satu alat sedut boleh digunakan sehingga 6 cartridge.

N1 : Starter pack (alat sedut Respimat + 1 cartridge)
R1 : Refill pack (cartridge sahaja)

Pesakit dimohon untuk menyimpan alat sedut setelah cartridge yang pertama habis. Jabatan Farmasi akan membekalkan refill cartridge yang baru.

 

PENARIKAN PENDAFTARAN PRODUK MENGANDUNGI PHOLCODINE

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 20 Mac 2023 telah membatalkan pendaftaran dan mengeluarkan arahan panggil balik semua produk yang mengandungi Pholcodine.

Ini berikutan terdapatnya risiko keselamatan yang dikesan iaitu risiko terjadinya reaksi alahan teruk yang boleh mengancam nyawa dengan penggunaan ubat pengendur otot (muscle-relaxant) atau neuromuscular blocking agents (NMBAs) semasa proses pembiusan umum (general anaesthesia), terutamanya kepada mereka yang pernah
mengambil ubat yang mengandungi pholcodine dalam tempoh 12 bulan lalu.

Di HCTM, terdapat SATU produk yang mengandungi Pholcodine iaitu Duro-Tuss Regular (Pholcodine 15mg/15mL Sugar Free Linctus). Pesakit digalakkan untuk memulangkan semula semua ubat yang mengandungi Pholcodine ke Farmasi.