ipd_big

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Farmasi Pesakit Dalam bertanggungjawab untuk membekalkan ubat-ubatan kepada semua wad dan unit-unit di PPUKM . Jabatan ini terletak di tingkat bawah tanah blok klinikal dan beroperasi setiap hari (termasuk cuti umum) dari jam 7.30 am hingga 8.00 pm. Sama seperti unit pesakit luar, semua preskripsi pesakit/preskripsi stok lantai yang diterima dalam sistem talian (‘online’) akan diperiksa oleh Pegawai Farmasi atau Penolong Pegawai Farmasi yang berkenaan. Satu aliran kerja yang sistematik diwujudkan dalam unit ini untuk memastikan perkhidmatan yang efisien. Penanda aras juga telah ditetapkan bagi unit ini di mana semua preskripsi akan diproses dan bekalan ubat dihantar dalam jangkamasa antara 15 minit hingga 3 jam ke wad yang berkenaan.

Farmasi Pesakit Dalam terbahagi kepada 4 sub-unit iaitu :

Sistem Stok Lantai

Kakitangan berkenaan akan  mengisi semula stok lantai ke dalam troli wad / unit setiap minggu.  Hari pesanan (‘indent day’) stok lantai telah ditetapkan bagi setiap wad / unit. Senarai ubat-ubatan stok lantai bagi setiap wad / unit juga dinilai semula secara berkala untuk memastikan senarai ubatan adalah sesuai dengan penggunaan dalam wad / unit bagi memastikan tiada kekurangan atau pembaziran stok ubat-ubatan yang berlaku. 

Sistem ‘unit of use’

Semua ubat-ubatan yang telah dipreskrip doktor dibekalkan kepada pesakit berdasarkan preskripsi yang telah diterima. Tempoh bekalan bagi setiap preskripsi adalah 5 hari sahaja.

• Dadah Berbahaya ( DDA ) dan Psikotropik

Kedua-dua DDA dan ubat-ubatan psikotropik boleh dibekalkan sama ada melalui pesanan stok lantai atau melalui sistem unit dos bergantung kepada kekerapan penggunaan wad / unit masing-masing. Penyimpanan dan dokumentasi Dadah Berbahaya dan Psikotropik hanya dikendalikan oleh Pegawai Farmasi/Pegawai Farmasi Pelatih .

Unit Pengeluaran Galenikal

Bahagian ini bertanggungjawab untuk menghasilkan persediaan extemporaneous dan pra-bungkus sediaan seperti losyen, krim, salap  dan sirap oral yang tidak boleh didapati secara komersial . Persediaan produk ini dibekalkan untuk kegunaan di wad / unit hospital.

Waktu operasi  :

Isnin – Jumaat : 7:30 am – 8.00 pm (8.00pm – 7.30 am: tutup)
Sabtu – Ahad: 8.00 am – 3.00 pm
(3.00pm – 8.00 am: tutup)