Pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) Kepada Ketua Jabatan Farmasi.

9 Aug 2016

Syabas dan tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Faridah Md Yusof, Ketua Jabatan Farmasi HCTM PPUKM di atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran “ Dato’ ” pada 2 Julai 2016 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-85 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Y Bhg Dato’ Faridah telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Farmasi PPUKM sejak tahun 1997 sehingga kini. Antara sumbangan dan penglibatan Y Bhg Dato’ adalah :

  • Dilantik sebagai Ahli Lembaga Farmasi Malaysia bagi tahun 2016-2019
  • Ahli Jawatankuasa Pengurusan Projek Hospital Kanak-Kanak Permata UKM (HKKP)
  • Ahli Jawatankuasa Teknikal Quality Use of Medicine di bawah Dasar Ubat Nasional (DUNas)
  • Ahli Lembaga Penasihat Program Pengajian Farmasi, Fakulti Farmasi UKM
  • Ahli Jawatankuasa Keselamatan Pesakit PPUKM
  • Ahli Jawatankuasa Audit Klinikal PPUKM
  • Setiausaha Eksekutif Jawatankuasa Terapeutik dan Ubat-ubatan PPUKM
  • Ahli Jawatankuasa Pentauliahan HUKM

Kami kakitangan di Jabatan Farmasi berbangga dengan pencapaian YBhg Dato’. Semoga YBhg Dato terus memacu Jabatan Farmasi ke mercu kejayaan!

Search

+