Ceramah Motivasi Sempena Sambutan Hari Pekerja tahun 2025 – Di Sebalik Uniform , Ada Hati Yang Tabah

14 Mei 2025 2025, Berita
Ceramah Motivasi Sempena Sambutan Hari Pekerja tahun 2025 anjuran Jabatan Komunikasi Korporat, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan pada 29 April 2025 (Selasa) bertempat di Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Ceramah bertajuk “Di Sebalik Uniform, Ada Hati Yang Tabah” ini disampaikan oleh Da’i Ahmad Izzhar Ahmad Nazri.
Sambutan Hari Pekerja 2025 yang bertemakan “Pekerja Kesuma Bangsa” adalah hari penghargaan kepada semua insan yang tidak pernah lelah mencurahkan tenaga, masa dan dedikasi demi kemajuan serta kesejahteraan masyarakat. Pengarah HCTM, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin di dalam ucapannya, menghargai ketabahan, dedikasi dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh warga UKM khususnya kepada warga HCTM dalam menangani cabaran sistem kesihatan semasa. Beliau juga, mendoakan semoga warga kerja HCTM diberkati dengan kesihatan, kegembiraan, dan kejayaan yang berterusan.

Search

+