Hari Penglihatan Sedunia – Love Your Eyes Through Innovation

12 Okt 2021 2021, Berita 1

Sempena Hari Penglihatan Sedunia, Jabatan Oftalmologi HCTM menganjurkan beberapa aktiviti seperti forum umum, e-inovasi, webinars, larian virtual, permainan silangkata, dan lain-lain secara atas talian di platform Zoom. Orang awam dan semua warga HCTM dan UKM, dijemput untuk menyertai akativiti-aktiviti yang diaturkan.

Tarikh: 14-15 Oktober 2021
Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang

Sila klik pautan ini untuk ke halaman pendaftaran:

 

Budaya Merakyatkan Universiti Melalui Program Pemberian Vaksin Bergerak di Bagan Datuk

11 Okt 2021 2021, Berita
Bagan Datuk,  9 Oktober 2021-  Sebanyak 1,421 dos vaksin telah berjaya diberikan menerusi Program Pemberian Vaksin Bergerak di Bagan Datuk yang bermula pada 13 September 2021 sehingga 9 Oktober 2021. Penduduk daerah Bagan Datuk menerima suntikan vaksin dengan hadir sendiri ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) satelit di Dewan Perdana UMNO Bagan Datuk atau melalui kaedah Program Jangkau Luar (Outreach Programme) yang dilaksanakan secara lawatan oleh pasukan kesihatan rumah ke rumah, masjid, rumah ibadat serta pusat komuniti sekitar Seberang Perak, Hilir Perak dan Pulau Ganda Suli, sempadan negeri Selangor.
Program PPVB ini adalah sebahagian daripada Program KPT – Prihatin yang mensasarkan 36 Pusat Pemberian Vaksin di pelbagai daerah. Setakat ini, sebanyak 40,000 dos telah diberikan oleh pasukan vaksinasi dari HCTM merangkumi 9 buah PPV. Turut bersama Pasukan Vaksinasi HCTM, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datuk dan diiringi YB. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi serta YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro-Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur ke Program Jangkau Luar bagi menyantuni penerima yang terlantar dan mempunyai masalah pergerakan. Seiring dengan Program KPT-Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) HCTM, program Jangkau Luar ini dilaksanakan bagi memastikan penduduk sekitar tidak terpinggir dan terabai.

PPV Bergerak HCTM bantu golongan tidak berkeupayaan untuk vaksinasi

20 Sep 2021 2021, Berita

Pagoh, 18 September 2021 – Seramai 18 penerima vaksin telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin melalui Program Perkhidmatan Jangkau Luar (Outreach Programme) yang sedang giat dijalankan di Pagoh, Johor. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz selaku ketua Program Perkhidmatan Jangkau Luar (Outreach Programme) kali ini bersama-sama pasukan kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Pejabat Kesihatan Daerah Tangkak, KKM telah mensasarkan golongan yang tidak berkeupayaan dengan membuat lawatan rumah ke rumah bagi memastikan mereka menerima dos vaksin yang lengkap.

Jelajah Vaksin : Taiping

17 Sep 2021 2021, Berita

Taiping, 15 September 2021- Seramai 756 penerima vaksin telah hadir ke kawasan Pusat Pemberian Vaksin Bergerak (PPVB) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Kamunting seawal jam 08.30 pagi bagi mendapatkan suntikan kedua vaksin Covid-19 .

Jelajah vaksin pada kali ini mensasarkan kumpulan sasaran fasa 3 di dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) seawal usia 18 tahun yang berada di daerah Larut, Matang dan Selama. Pihak PPVB HCTM UKM turut menyediakan khidmat kerusi roda bagi penerima vaksin yang memerlukan. Tidak ketinggalan juga bagi penerima vaksin yang terlantar di rumah, pihak PPVB HCTM UKM turut melaksanakan Program Perkhidmatan Jangkau Luar (Outreach Programme) vaksinasi COVID-19.

Secara keseluruhannya, sekitar 8,846 penduduk di kawasan ini telah mendapat suntikan sejak akhir bulan Ogos menerusi program ini.

Seramai 25 kakitangan HCTM UKM yang terdiri daripada pegawai perubatan, jururawat, pegawai penyelaras dan pemandu kenderaan terlibat bagi menjayakan program ini. Turut hadir, En. Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar HCTM mewakili pihak Pengurusan HCTM ke PPVB HCTM di Dewan Kamunting bagi memantau proses vaksinasi yang dijalankan. Pelaksanaan program ini turut dijayakan oleh sukarelawan yang terdiri daripada anak-anak muda tempatan, Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), Jabatan Kesihatan Negeri Perak, KKM, PDRM, RELA, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain agensi. Menerusi program ini, harapan besar disandarkan agar imuniti kelompok dapat dicapai untuk mengekang penularan wabak Covid-19.



Webinar “Kelesuan Pandemik”

15 Sep 2021 2021, Berita

Bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021, Jabatan Psikiatri HCTM menganjurkan webinar “Kelesuan Pandemik” pada 1 Oktober 2021, jam 10.00 hingga 11.30 pagi secara atas talian. Orang awam dan kakitangann HCTM dan UKM yang berminat, boleh membuat pendaftaran dengan mengimbas QR Code pada poster webinar di bawah.

Webinar “Kemahiran Keibubapaan 2021: Mengharungi Cabaran Era Pandemik”

15 Sep 2021 2021, Berita

Bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021, Jabatan Psikiatri HCTM menganjurkan webinar “Kemahiran Keibubapaan 2021: Mengharungi Cabaran Era Pandemik” pada 2 Oktober 2021, jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang secara atas talian. Orang awam dan kakitangann HCTM dan UKM yang berminat, boleh membuat pendaftaran dengan mengimbas QR Code pada poster webinar di bawah. Webinar ini adalah webinar berbayar dan terhad kepada 500 orang peserta sahaja.

Webinar “Menanangi Burnout Sewaktu Pandemik Covid-19”

15 Sep 2021 2021, Berita

Bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021, Jabatan Psikiatri HCTM menganjurkan webinar “Menanangi Burnout Sewaktu Pandemik Covid-19” pada 8 Oktober 2021, jam 9.00 hingga 11.00 pagi secara atas talian. Orang awam dan kakitangann HCTM dan UKM yang berminat, boleh membuat pendaftaran dengan mengimbas QR Code pada poster webinar di bawah.

Webinar “Mengatasi Stres Sewaktu Pembelajaran Online”

15 Sep 2021 2021, Berita

Bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021, Jabatan Psikiatri HCTM menganjurkan webinar “Mengatasi Stres Sewaktu Pembelajaran Online” pada 8 Oktober 2021, jam 2.45 hingga 5.00 petang secara atas talian. Orang awam dan kakitangann HCTM dan UKM yang berminat, boleh membuat pendaftaran dengan mengimbas QR Code pada poster webinar di bawah.

Semarak Kemerdekaan Sempena Bulan Kemerdekaan Ke-64 Peringkat HCTM 2021

2 Sep 2021 2021, Berita

CHERAS, 30 Ogos 2021 – Program Semarak Kemerdekaan Sempena Bulan Kemerdekaan Ke-64 Peringkat HCTM 2021 telah diadakan secara maya melalui aplikasi Zoom dan FB Live. Program diadakan sempena Hari Kebangsaan yang ke-64 dengan tema ‘Malaysia Prihatin’ telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hasrizal Hasan dan seterusnya ucapan daripada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM.

Pengarah dalam ucapan beliau menyeru warga HCTM sama-sama menghayati dengan penuh kesyukuran erti kemerdekaan dan bersama-sama berganding bahu memerangi pandemik COVID-19. Menurut beliau, pendekatan Malaysia Prihatin dalam hasrat memperluaskan impak bermakna kepada masyarakat telah menjadi aspirasi warga HCTM untuk menggembleng tenaga dan bersama-sama membantu negara memberi perkhidmatan terbaik melalui bidang perubatan terutamanya dalam mengurus dan merawat pesakit COVID-19 dan membantu Program Imunisasi Kebangsaan melalui Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Acara diteruskan dengan video ucapan wakil-wakil warga kerja HCTM dan seterusnya tayangan video peserta Pertandingan Semarak Kemerdekaan anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan. Tiga penyertaan terbaik telah dipilih dan berjaya membawa pulang wang tunai dan sijil penyertaan. Tempat pertama telah dimenangi oleh Eliza Nor Ahmad Rashidi daripada Unit Hematologi JPMD, Tempat Kedua daripada Jabatan Kualiti, dan Tempat Ketiga daripada Unit Hematologi JPMD. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan keluarga HCTM menzahirkan semangat kemerdekaan melalui kreativiti penghasilan video. Program tamat pada jam 1.00 petang dan diakhiri dengan sesi fotografi di aplikasi Zoom.



1 2 3 4 5 6 10

Search

+