Majlis Perasmian Program ‘Pink’ Oktober 2025
Majlis Perasmian Program ‘Pink’ Oktober 2025 Peringkat Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya dianjurkan oleh Unit Payudara & Endokrin, Jabatan Surgeri dengan kerjasama Jabatan Radiologi dan Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, HCTM pada 13 Oktober 2025 (Isnin) di Lobi Utama, HCTM. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor, Kampus Kuala Lumpur.
Oktober diiktiraf sebagai Bulan Kesedaran Kanser Payudara di peringkat nasional dan global. Program ini diadakan bagi mendidik masyarakat tentang bahaya penyakit ini serta menekankan kepentingan pengesanan awal yang mampu meningkatkan kadar kesembuhan secara signifikan. HCTM sebagai institusi kesihatan akademik, memandang serius peranan dalam penjagaan, rawatan dan pendidikan kesihatan awam. Program ‘Pink’ Oktober bukan sahaja bertujuan memperkukuh pengetahuan masyarakat, malah memperlihatkan komitmen berterusan hospital dalam memperjuangkan kesejahteraan kesihatan wanita dan komuniti secara keseluruhan.
Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan wakil Pengarah HCTM, YBrs. Prof. Madya Dr. Ruslinda Mustafar, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Jaringan, Industri & Masyarakat) wakil Dekan Fakulti Perubatan UKM, YBrs. Prof. Madya Dr. Shahrun Niza Abdullah Suhaimi, Ketua Jabatan Surgeri, HCTM dan YBrs. Dr. Adi Syazni Muhammed, Pengarah Program ‘Pink’ Oktober 2025.
.










