Bicara HCTM Ke Arah Perkhidmatan Berkualiti dan Cemerlang

1 Apr 2022 2022, Berita

CHERAS, 1 April 2022 – Bicara HCTM Ke Arah Perkhidmatan Berkualiti dan Cemerlang telah diadakan pada pagi tadi di Dewan Serbaguna, Blok Tambahan, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM dengan kehadiran fizikal hampir 200 orang di dalam dewan serbaguna dan 150 orang di saluran HCTM TV dan Facebook HCTM. Tetamu jemputan terdiri daripada ketua-ketua jabatan, pegawai kanan dan urusetia. Platform atas talian seperti HCTM TV dan Facebook HCTM disediakan bagi meluaskan skop capaian maklumat kepada golongan sasaran terutamanya warga HCTM.

Gimik acara pembukaan dimulakan dengan perarakan masuk pengurusan tertinggi HCTM yang diiringi oleh beberapa orang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik yang lengkap berpakaian seperti hulubalang Melayu. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,Varsiti Kita, dan bacaan doa. Persembahan silat oleh Encik Khairulisham Bin Mat, Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur turut diselitkan sebelum YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin membuka tirai sesi Bicara HCTM. Program yang diadakan selama 1 jam 30 minit diadakan secara santai dan diakhiri dengan sesi soal jawab bersama kakitangan.

Rakaman penuh Bicara HCTM boleh diulang tayang melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=yx4om46DvnI

 

Search

+