Panduan mengambil ubat pesakit baru discaj dari wad

  1. Pesakit yang baru discaj dari wad dipohon mendapatkan ubat di FARMASI KECEMASAN untuk tempoh sebulan (bekalan pertama).
  2. Pengambilan bekalan ubatan untuk bulan seterusnya (jika tempoh melebihi 1 bulan) boleh dapatkan di FARMASI PESAKIT LUAR UTAMA. (KECUALI PRESKRIPSI BERULANG DARI WAD MEDIKAL 3-WAD 6F : Sila dapatkan ubat dari Farmasi PONS).
  3. Untuk status pesakit berbayar, pembayaran perlu dibuat sebelum mengambil ubat
  4. Pastikan cop pakar untuk ubat -ubatan tertentu (kategori A*) diperolehi sebelum mengambil ubat ulangan.
Penerangan Lokasi Pengambilan Ubat
Pengambilan bekalan ubat selepas baru discaj FARMASI KECEMASAN
Pengambilan bekalan ubat untuk bulan seterusnya FARMASI PESAKIT LUAR UTAMA
Pengambilan bekalan ubat untuk bulan seterusnya (Preskripsi Berulang Dari Wad Medikal 3-Wad 6F) Farmasi PONS