Sumbangan 15 Unit Kerusi Roda kepada HCTM

CHERAS, 16 Julai –Sumbangan 15 unit kerusi roda bagi kegunaan pesakit dan pelanggan HCTM telah disampaikan oleh Tuan Haji Sirol Aflah Hassan Basri, Pengerusi Rumpun Teh Bulan, Tuan Haji Mohd. Yusoff Yahya, Pengarah Cahaya Mekar Resouces dan Tuan Haji Abd. Rahman Musa, Pengerusi Empayar Anak Cucu Musa kepada Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz dalam satu majlis ringkas pada pagi ini.

Inisiatif ini disambut baik oleh Pengarah HCTM dan beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada wakil-wakil penyumbang kerana memilih HCTM untuk program CSR mereka. Setiap tahun hampir 4 juta ringgit dibelanjakan untuk membantu pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan dan pada tahun lepas HCTM telah membantu lebih kurang 700 orang pesakit yang kurang berkemampuan. Selain kerusi roda, bantuan keperluan seperti susu dan makanan khas, tiub khas dan lain-lain amat dialu-alukan.

Sumbangan ini diharapkan dapat memberi manfaat dan membantu ramai pesakit yang mendapatkan rawatan di HCTM. Selain itu, HCTM juga berharap ada kerjasama strategik dimasa akan datang yang dapat membantu pesakit terutamanya golongan B40 atau golongan yang kurang berkemampuan.

Webinar – Jabatan Perubatan Kecemasan UKMMC

23 Sep 2020 2020, Berita

Dimaklumkan Jabatan Perubatan Kecemasan UKMMC dengan kerjasama RECS dan Malaysian Society on Toxinology (MST) akan mengadakan Webinar Umum pada maklumat seperti di bawah.

Pengerusi:
Prof Madya Dr Ahmad Khaldun Ismail
Pakar Perunding Jabatan Perubatan Kecemasan

Moderator Forum:
Assist Prof Dr Yan-Chiao
Mao. Division of Clinical Toxicology
Department of Emergency Medicine
Taichung Veterans General Hospital
Taichung, Taiwan

Dr Reza Murad Bin Qamruddin
Kecemasan & Trauma, Hospital Melaka

Panel Pakar:

Dr Mohd Shukruddeen Salleh
Kecemasan dan Trauma
Hospital Kuala Krai, Kelantan

Dr Ruth Sabrina Safferi
Kecemasan dan Trauma
Hospital Raja Permaisuri Bainun
Ipoh, Perak

Dr Cheng-Hsuan Ho
Department of Emergency Medicine
Tri-Service General Hospital
National Defense Medical Center
Taipei, Taiwan

Webinar ini terbuka kepada semua warga dan bukan warga UKM khas untuk Doktor, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Pelajar Perubatan dan mereka yang berminat dalam pengurusan rawatan untuk kecederaan dari gigitan ular.

Mata CPD MMA: 2

Sinopsis:
Ini adalah webminar antarabangsa yang dianjurkan oleh Jabatan Perubatan Kecemasan UKMMC dengan kerjasama RECS dan Malaysian Society on Toxinology (MST).

Objektif:
Untuk mengetengahkan beberapa isu utama berkaitan kecederaan akibat dari ular (Snake Related Injuries) dan bagaimana teknik ultrasound dapat dimanfaatkan untuk membantu mencapai pengurusan yang tepat dengan hasil yang optimum. Tiga ahli panel terkemuka, yang pakar dalam bidang masing-masing akan menyampaikan ceramah mereka dan diikuti oleh sessi Forum (Soal Jawab).

Sila klik URL untuk Pendaftaran percuma.
https://zoom.us/webinar/register/WN_jVIYizRqSUugF0Ctg7ESvQ

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
Dr Reza (tel: +60198836786)

Tarikh Acara:
Mula: 04/07/2020 Tamat:

Masa Acara:
Mula: 11:30 Pagi Tamat: 01:30 Tengah hari

Penganjur / Penganjur Bersama:
Jabatan Perubatan Kecemasan UKMMC dengan kerjasama RECS dan Malaysian Society on Toxinology (MST)

Kakitangan bertugas Hospital Cancelor Tuanku Muhriz (HCTM) terkejut menerima kunjungan istimewa di Hari Raya Aidilfitri ke 2 1441H / 2020

23 Sep 2020 2020, Berita

Cheras Kuala Lumpur, 25 Mei 2020 (Isnin) – Petugas Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menerima kejutan kunjungan Wakil Alumni Universiti, Ahli Lembaga Pengarah UKM, Dato’ Yeow Wah Chin dan isteri diiringi Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM, Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal dan Pengarah HCTM, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid serta Timbalan-Timbalan Pengarahuntuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Kunjungan istimewa ini sebagai tanda penghargaankepada kakitangan hospital yang bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri walaupun negara sedang berdepan dengan pandemik Covid-19. Edaran pek makanan selama dua (2) hari turut diberikan kepada kakitangan bertugas bagi memeriahkan suasana Syawal namun tetap mengamalkan penjarakkan sosial.

Oleh : Norhayati Md Raji
Foto : Jabatan Multimedia dan Penyiaran HCTM

1 35 36 37 38 39 42

Search

+