Iklan Pelatih Hospital Canselor Tuanku Muhriz 2021 – Pelatih Pembantu Pembedahan Pergigian

26 Mei 2021 2021, Berita

Jabatan Sumber Manusia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk memohon jawatan sebagai Pelatih Pembantu Pembedahan Pergigian di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti di berikut:

PELATIH PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN
1. Jantina : Lelaki dan Perempuan
2. Status Perkahwinan : Bujang
3. Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
4. Tempoh Latihan : 2 tahun
5. Biasiswa Semasa Latihan : Disediakan
6. Tempat Latihan : Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Institut Latihan Pergigian Georgetown, Pulau Pinang
Kementerian Kesihatan Malaysia
7. Syarat Latihan:
i Umur:
a. Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
b. Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam / Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
ii. Kelayakan Akademik minimum di peringkat SPM / SPM(V):
– Kepujian sekurang-kurangnya Gred (6C) dalam subjek berikut;
i. Bahasa Melayu;
ii. Matematik;
iii. Salah satu subjek Sains (Sains / Sains Gunaan / Biologi / Kimia / Fizik); serta
– Lulus sekurang-kurangnya Gred (7D) dalam subjek berikut;
i. Bahasa Inggeris: dan
ii. Dua (2) subjek lain
6. Syarat-Syarat Keutamaan Pemilihan:
Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.

 

CARA MEMOHON:

  1. Permohonan dibuat secara atas talian dengan melayari https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSetaEzyOqAWIgWVqoBhfY9B9mt8u79QhkuxAXxUipnRzlRPaw/viewform?usp=sf_link.
  2. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
  4. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Ketua
Jabatan Sumber Manusia
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar
Jalan Ya’acob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur

Emel : ejawatan@ppukm.ukm.edu.my

 

Tarikh Buka Iklan  :               27 Mei 2021 (Khamis)          
Tarikh Tutup Iklan :               9 Jun 2021 (Rabu)

Lawatan United Nations University – International Institute for Global Health (UNU-IIGH)

28 Apr 2021 2021, Berita

CHERAS, 23 April- United Nations University – International Institute for Global Health (UNU-IIGH) telah mengunjungi Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM pada 23 April yang lepas. Kehadiran delegasi UNU-IIGH yang diketuai oleh Pascale Allotey, Pengarah UNU-IIGH telah disambut mesra oleh Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur dan Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM di Bilik Mesyuarat Lembaga, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar. Perjumpaan dan perbincangan ini adalah untuk melihat peluang kolaborasi antara kedua-dua pihak yang boleh memberikan manfaat kesihatan kepada awam. Walaupun perjumpaan yang singkat tetapi amat bermakna buat kedua-dua pihak.

Webinar Combo JPPP

21 Apr 2021 2021, Berita

Sempena bulan Autisme 2021, Progam Webinar Combo JPPP anjuran Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan akan diadakan secara Zoom dan FB Live seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 21 April 2021
Masa: 9.00 pagi

https://www.facebook.com/HCTM.UKM/

Warga HCTM dan orang awam dijemput untuk menonton webinar ini.

 

Flea Market – Kasih Ramadhan

20 Apr 2021 2021, Berita

Sukacita dimaklumkan Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) akan mengadakan Program Flea Market-Kasih Ramadhan bagi membantu meningkatkan dana Tabung Kebajikan Pesakit HCTM. Penambahan dana tersebut diperolehi melalui hasil jualan sumbangan barangan daripada kakitangan/awam. Kakitangan HCTM yang menyumbang dan membeli (RM 20 ke atas) akan didaftarkan dalam Sistem e-Khidmat.

Kami menerima barang-barang:

1. Pakaian yang masih elok dan boleh dipakai
2. Barangan elektrik
3. Barang keperluan harian (bahan kering)
4. Barang penjagaan diri

Hari pengumpulan barang:13-21 April 2021 (Hari bekerja)

Hari Jualan: 23 April 2021 (Jumaat) 8.30 pagi – 4.30 petang

Maklumat lanjut, sila hubungi kami ditalian 03-91456310/7880/5761/5770/5763

Lawatan YB Menteri Pengajian Tinggi Ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)

29 Mac 2021 2021, Artikel, Berita

29 Mac 2021, Cheras, Kuala Lumpur – Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) hari ini telah menerima kunjungan dari YB Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad yang telah melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19. Ketibaan YB Menteri telah disambut oleh YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor, Kampus Kuala Lumpur (KKL) dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah, Hospital Canselor Tuanku Muhriz
(HCTM).

YB Menteri telah meluangkan masa untuk bertemu petugas dan penerima vaksin COVID-19 di sini serta sempat bertanyakan khabar mereka yang akan dan telah menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 ini. Taklimat ringkas telah diberikan oleh Dr. Sharifa Azura Salleh, Ketua Unit Kawalan Infeksi, merangkap Ketua Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) HCTM mengenai program vaksinasi yang telah dijalankan mulai 1 Mac 2021 sehingga kini. Program vaksinasi ini akan berlangsung secara berperingkat selama 6 minggu melibatkan 4,134
kakitangan. Vaksin Pfizer ini diberikan kepada kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Fakulti Perubatan UKM, Fakulti Pergigian UKM, Fakulti Farmasi UKM, Institut Biologi Molekul Perubatan, UKM (UMBI), Hospital Pakar Kanak-kanak, UKM dan Pusat Kesihatan Universiti, UKM.

Kehadiran YB Menteri sangat signifikan buat semua warga dan telah menyuntik semangat kerja mereka terutama dalam menjalankan tugasan bagi menghadapi penularan wabak COVID-19. Lawatan diakhiri dengan pertemuan ringkas dan tertutup di antara YB Menteri, Naib Canselor UKM dan ahli Pengurusan HCTM yang berlangsung di Pejabat Pengarah, Kompleks Pendidikan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM.

Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Universiti Kebangsaan Malaysia
29 Mac 2021

1 31 32 33 34 35 43

Search

+