Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal atas sumbangan sebagai Pro-Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM dari 15 November 2017 sehingga 28 Februari 2021.
Program Khidmat Masyarakat ‘Misi Bantuan Bencana Banjir’ anjuran Jabatan Perubatan telah diadakan pada 20 Februari 2021 yang lalu, di Masjid Kg. Tebal Seberang, Temerloh. Seramai 14 orang wakil kakitangan telah menyertai misi ini dan mengagihkan sumbangan berupa wang tunai dan keperluan harian kepada 80 buah keluarga di Kg. Tebal Seberang dan Kg. Padang Tenggala Temerloh yang terjejas akibat banjir.
Kutipan sumbangan RM 15, 642 berjaya dikumpulkan daripada kakitangan HCTM yang bertugas di Jabatan Perubatan, Jabatan Perubatan Kecemasan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Jabatan Surgeri, Jabatan Otorinolaringologi, Jabatan Radioterapi, Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Jabatan Kualiti, Unit Telefonis JKKKP dan Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan. Program kemasyarakatan ini diharapkan dapat meringankan sedikit musibah yang menimpa mangsa banjir di Kg. Tebal Seberang dan Kg. Padang Tenggala Temerloh.
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin atas pelantikan sebagai Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM mulai 18 Januari 2021.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid atas sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan sebagai Pengarah HCTM daripada 15 November 2017 sehingga 17 Januari 2021.
Adalah dimaklumkan, waktu operasi Kaunter Bayaran akan dipinda seperti jadual dibawah berkuatkuasa mulai 14 Januari 2021 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Majlis Penyerahan Surat Tawaran Lantikan dan Kenaikan Pangkat bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana Bil. 1/2021 telah diadakan pada 7 Januari 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 9, UMBI. Senarai kakitangan dan gambar majlis boleh rujuk disini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon yang berjaya.
Kepakaran dan Ubatan alteplase dan pulmozyme (Dornase-Alfa) untuk kegunaan “intrapleural” hanya terdapat di Unit Respiratori, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM
Selaput paru-paru bernanah (empyema) adalah peringkat di mana cairan di selaput paru-paru (pleural effusion) bertukar menjadi nanah. Ini terjadi jika rawatan penyakit ini dilengahkan; samada tidak dikesan di peringkat awal atau pesakit tidak melaporkan kepada doktor.
Secara amnya, kandungan dalam cairan di selaput paru-paru adalah sebanyak 10-20 mls. Fungsi utama cairan ini adalah sebagai pelincir bagi memudahkan pergerakan di antara paru-paru dan dinding dada. Apabila ada keradangan atau penyakit lain yang menjejaskan paru-paru, kandungan cairan ini ini akan meningkat. Salah satu sebab peningkatan cairan selaput paru-paru adalah disebabkan jangkitan kuman, samada bakteria, fungi, tibi atau virus. Antara organisma penyebab empyema adalah Mycobacterium tuberculosis, Streptococcus pneumoniae, Pseudomonas aeruginosa, Klebsiella pneumoniae, Staphylococcus aureus,Burkholderia pseudomallei, Enterobacteriaceae dan sebagainya.
Tanda-tanda utama penyakit empyema adalah demam, batuk berpanjangan, sukar bernafas, sakit dada dan berpeluh malam. Pesakit juga boleh mengalami kesusutan berat badan dan kurang selera makan. Pesakit berisiko tinggi untuk mendapat empyema antaranya adalah pesakit yang mempunyai ketahanan badan yang lemah seperti pesakit kencing manis, kanser, pesakit HIV, dan juga pesakit yang memakan rawatan immunosuppresent (prednisolone) dan lain-lain.
Rawatan utama empyema adalah bergantung kepada organisma yang menyebabkan penyakit tersebut. Kebiasaanya pesakit akan dimulakan dengan ubatan intravena antibiotic spektrum luas sehingga organisma dapat dikesan dan rawatan tersebut akan diubah suai. Untuk sebarang rawatan ‘’nanah” yang terdapat di dalam badan pesakit, prinsip utama rawatannya adalah pengeluaran nanah tersebut; dan ini termasuklah empyema. Doktor akan membuat ultrasound dada dan selepas mengenalpasti tempat dan bius setempat diberikan, tiub dada akan dimasukkan untuk mengeluarkan nanah tersebut.
Kadang kala, tiub dada tidak dapat mengeluarkan kesemua nanah tersebut disebabkan nanah tersebut telah membentuk banyak poket atau septasi; dan tiub hanya mngeluarkan nanah dari satu ruang sahaja. Jika ini terjadi; rawatan intrapleural alteplase dan pulmozyme dapat dimulakan jika tiada kontra-indikasi.
Untuk makluman, hospital kerajaan di Malaysia, kepakaran dan ubatan alteplase dan pulmozyme terutamanya untuk kegunaan intrapleural hanya terdapat di HCTM, UKMMC dan juga di UKM Specialist Centre. Di benua Asia Tenggara, selain Malaysia, Singapura juga mempunyai ubatan ini. Fungsi ubatan intrapleural alteplase adalah untuk memecahkan septa di selaput paru-paru. Selepas rawatan intrapleural alteplase, pesakit akan diberikan intrapleural pulmozyme pula yang berfungsi untuk mencairkan nanah di selaput paru-paru. Fungsi synergistic kedua-dua ubat ini akan seterusnya mengingkatkan pengaliran nanah keluar dari selaput paru-paru. Komplikasi pendarahan selepas menggunakan ubatan ini adalah sangat rendah, dalam lingkungan 3-4% dan kebiasannya pendarahan akan berhenti dengan sendirinya.
Ubatan alteplase dan pulmozyme akan diberikan dua kali sehari untuk 2-3 hari di mana ubatan ini akan dilarutkan dan dimasukkan melalui tube dada (intrapleural) sehingga berjaya. Walaupun ubatan ini telah digunakan secara meluas di UK, USA dan Australia, namun idi Malaysia pesakit perlu menandatangani surat kebenaran pengunaan ubatan di luar indikasi. Di HCTM, kami telah melakukan lebih 40 rawatan intrapleural alteplase sejak 2017, dan sejak kami berjaya mengimport pulmozyme pada bulan Disember 2018, kami telah berjaya melakukan 5 rawatan intrapleural alteplase dan pulmozyme dengan 100% kejayaan. Untuk makluman, jika pesakit gagal rawatan intra-pleural alteplase dan pulmozyme, pesakit seterusnya memerlukan rawatan pembedahan untuk pengeluaran nanah tersebut.
Secara kesimpulanya, ubatan intrapleural alteplase dan pulmozyme terbukti keberkesananya untuk rawatan empyema; dan Unit Respiratori HCTM mempunyai kepakaran setaraf dunia untuk rawatan tersebut.
Oleh: Prof. Madya Dr. Mohamed Faisal Abdul Hamid
Tiub dada untuk pengeluaran nanah (empyema)
Prof .Madya Dr. Mohamed Faisal melakukan ultrasound thorax dan memberi penerangan kepada pesakit
Prof .Madya Dr. Mohamed Faisal melakukan ultrasound thorax
“planton sign” yang dilihat pada ultrasound adalah sebenarnya empyema
Septa yang terbentuk pada selaput paru-paru
Septa yang berjaya dipecahkan selapas rawatan intrapleural alteplase/pulmozyme
Xray dada sebelum rawatan
Xray dada selepas rawatan intrapleural alteplase pulmozyme
Nanah dikeluarkan daripada selaput paru-paru
Ubat alteplase dan Pulmozyme yang diberikan melalui tiub dada (chest tube)
Ubat alteplase dan Pulmozyme yang diberikan melalui tiub dada (chest tube)
Majlis Penyerahan Surat Tawaran Lantikan dan Kenaikan Pangkat bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana Bil. 3/2020 telah diadakan pada 29 Disember 2020 bertempat di Auditorium Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Senarai kakitangan dan gambar majlis boleh rujuk disini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon yang berjaya.