Program Infaq Set Pengurusan Jenazah

2 Ogo 2024 2024, Berita
CHERAS, 1 Ogos 2024 – Majlis Penyerahan Set Infaq Pengurusan Jenazah anjuran Jabatan Kualiti telah diadakan petang tadi di Surau Ibnu Sina, HCTM. Program Infaq Set Pengurusan Jenazah ini dilaksanakan sejak September tahun lepas dan hasil daripada kutipan tersebut, Jabatan Kualiti telah membeli sebanyak 79 set pengurusan jenazah untuk diagihkan kepada dua buah surau dan sebuah masjid. Surah dan masjid yang menerima sumbangan ini ialah Surau Ibnu Sina HCTM, Masjid Al-Najihin Bandar Sri Permaisuri, dan Surau Al-Mustaqimah, Taman Jaya, Bandar Tun Razak.
Penyerahan set ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM kepada Ustaz Hasrizal Hassan, wakil Surau Ibnu Sina, Tuan Haji Rosli Hj. Shafie, wakil Masjid Al-Najihin, Bandar Sri Permaisuri dan Tuan Haji Mohd Akashah Abd Aziz, Pengerusi badan Khairat Kematian Penduduk Islam Taman Jaya. Usaha ini dilakukan dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan keluarga si mati memandangkan Kos pengurusan jenazah yang semakin meningkat.
Turut hadir menyaksikan sesi serahan ini, Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) dan Encik Ahmad Zamri Noordin, Pengerusi Surau Ibnu Sina.

Program Ceramah Ancaman Bom

30 Jul 2024 2024, Berita
CHERAS, 29 Julai 2024 – Program Ceramah Ancaman Bom di Auditorium, HCTM telah dirasmikan hari ini di Auditorium HCTM. Program anjuran Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia bertujuan memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada para peserta sebagai persediaan kebarangkalian sekiranya berhadapan dengan situasi ancaman bom. Berucap dalam majlis,YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM menyeru agar warga kerja sentiasa berwaspada dan mengenal pasti ancaman dan tidak mengambil tindakan sendiri.

 

Beliau berharap dengan perkongsian mengenai ancaman bom yang akan disampaikan oleh Inspektor Mohd Zarifi Bakar, Bahagian Persenjataan, Jabatan Logistik dan Teknologi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, warga kerja lebih bersiapsiaga dari segi fizikal dan mental. Turut hadir, Ahli-ahli Pengurusan Kampus Kuala Lumpur dan Timbalan-timbalan Pengarah iaitu Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kod Kecemasan (Resusitasi), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) serta Ketua-ketua Jabatan dan warga UKM.

Program Korban dan Akikah anjuran Surau Ibnu Sina, Hospital Canselor Tuanku Muhriz

18 Jun 2024 2024, Berita

CHERAS, 19 Jun 2024 – Program Korban dan Akikah anjuran Surau Ibnu Sina, Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah dilaksanakan pada 10 Zulhijah 1445H selepas selesai Solat Sunat Aidiladha.  Hampir 200 orang kakitangan yang hadir telah bertugas sebagai sukarelawan untuk menumbangkan 10 ekor lembu dan tiga (3) ekor kambing untuk ibadah korban pada tahun ini. Program dijalankan secara gotong-royong bermula dengan melapah daging, memotong, mengagih seterusnya menyediakan juadah makan tengah hari untuk kakitangan dan hadirin yang hadir.

Program kali ini mendapat sokongan Pengurusan HCTM apabila YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM  yang turut turun padang untuk bersama-sama dengan kakitangan bagi menjayakan ibadah korban. Turut hadir di dalam program ini, YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) menjalankan tugas Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan) HCTM, Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) HCTM, Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) HCTM dan warga UKM.

 

1 13 14 15 16 17 45

Search

+