Majlis Perasmian Peralatan Perubatan RMK-12 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM

31 Okt 2023 2023, Berita

Majlis Perasmian Peralatan Perubatan RMK-12 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM telh diadakan pada 30 Oktober 2023 di Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Majlis telah disempurnakan oleh wakil Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dalam penyaluran peruntukan RMK-12 bagi meningkatkan fasiliti perawatan kesihatan di HCTM. Dua buah peralatan perubatan tersebut adalah Sistem Angiografi dan Sistem Fluoroskopi yang merupakan peralatan perubatan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan [Artificial Intelligence (AI)] dengan peruntukan bernilai RM9.2 juta. Teknologi AI merupakan teknologi terkini yang dimanfaatkan dalam pelbagai peralatan perubatan seperti Angiografi, Fluoroskopi, Magnetic Resonance Imaging (MRI), X-ray dan sebagainya digunakan untuk proses diagnosis perawatan supaya lebih cepat, efisien dan tepat.

Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan dalam ucapannya, berterima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi yang sentiasa cakna dan mengambil berat mengenai pembangunan fasiliti secara khususnya di setiap Hospital Pengajar Universiti (HPU) termasuk di HCTM. Beliau berharap dengan adanya peralatan terkini ini HCTM terus menjadi pusat rujukan utama dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada masyarakat dan negara.

Hadir dalam majlis perasmian adalah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM, Pengarah-pengarah Hospital Pengajar Universiti, Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua-ketua Jabatan dan UKM.

 

 

 

Majlis Perasmian Minggu Kesihatan Tulang dan Sendi Sempena Hari Osteoporosis dan Osteoarthritis Sedunia 2023

24 Okt 2023 2023, Berita

CHERAS, 20 Oktober 2023 – Majlis Perasmian Minggu Kesihatan Tulang Dan Sendi Sempena Hari Osteoporosis Dan Osteoarthritis Sedunia 2023 telah diadakan  di Lobi Utama, Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) yang hadir mewakili Pengarah HCTM. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan dalam ucapannya berkata menganjurkan program ini sinonim dengan matlamat HCTM dan Fakulti Perubatan untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang memberikan pendedahan tentang aspek penjagaan kesihatan. Beliau juga turut berkesempatan mengucapkan tahniah kepada Pasukan ‘Fracture Liaison Service‘ (FLS)  Jabatan Ortopedik dan Traumatologi yang telah berjaya merangkul Anugerah Emas dalam Kempen Capture the Fracture oleh ‘International Osteoporosis Federation’ (IOF).

Turut hadir di dalam majlis ini adalah YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah Perubatan UKM Specialist Centre & Gamma Knife Centre, Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abd Rashid, Timbalan Pengarah (Surgeri), Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak, YBhg. Prof. Datuk Dr. Sabarul Afian Mokhtar, Ketua Jabatan Ortopedik dan Traumatologi merangkap Penasihat Minggu Osteoporosis 2023, Prof. Madya Dr. Norliza Mohamad, Kumpulan Penyelidikan Metabolisme Tulang, Fakulti Perubatan UKM dan Dr. Juzaily Fekry Leong, Pengerusi Jawatankuasa Minggu Kesihatan Tulang Dan Sendi 2023.

Majlis Perasmian Sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat HCTM 2023

PUTRAJAYA, 11 Oktober 2023 – Majlis Perasmian Sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat HCTM 2023 anjuran Unit Kardiologi dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah diadakan pada hari ini di Perkarangan Engine Bay, Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya. Majlis telah disempurnakan oleh Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) mewakili Pengarah HCTM. Bertemakan ‘Kenali Jantung Hargai Jantung’ objektif sambutan ini adalah melahirkan kesedaran kepada gaya hidup sihat, mendidik kakitangan tentang penjagaan jantung sihat melalui aktiviti dan diet yang sihat serta menjauhi rokok, memberi pendedahan berkenaan penyakit jantung dan kesan terhadap populasi di Malaysia.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Unit Kebajikan Pekerja JBPM dalam tempoh enam tahun sejak 2016 hingga 2022, dianggarkan seramai 10 orang kakitangan meninggal dunia akibat penyakit jantung iaitu 33 peratus daripada purata jumlah kematian yang berlaku. Kerjasama HCTM dengan JBPM merupakan julung kali diadakan bagi memberi pendedahan dan perkhidmatan saringan kesihatan jantung kepada pegawai dan anggota bomba. Aktiviti seperti ceramah kesihatan, pameran, demonstrasi CPR, dan ujian saringan kesihatan akan diadakan secara percuma untuk kakitangan bertugas di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Putrajaya. Dianggarkan seramai 400 anggota akan membuat saringan kesihatan dalam program ini.

Antara yang hadir pada majlis tersebut adalah YS TPjB Tuan Hj. Nordin Pauzi, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dan YS PPjB Tuan Azmi Sadon, Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Turut hadir, Dr. Hamat Hamdi Che Hassan, Ketua Unit Kardiologi, Jabatan Perubatan HCTM, YBhg. Dato’ Dr. Oteh Maskon, Pakar Kardiologi, An-Nur Specialist Centre, Ketua-Ketua Bahagian Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pegawai –Pegawai Kanan UKM dan Para Tetamu Jemputan.

Majlis Penutup National Workshop MS ISO 15189:2022 Medical Laboratories – Requirements for Quality and Compentence Peringkat Kebangsaan 2023

10 Okt 2023 2023, Berita

National Workshop MS ISO 15189:2022 Medical Laboratories – Requirements for Quality and Compentence Peringkat Kebangsaan 2023 anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik HCTM (JPMD) dan Persatuan Pegawai Sains Malaysia (PPSM) telah diadakan selama dua hari bermula 4 hingga 5 Oktober 2023. Tujuan utama bengkel diadakan adalah untuk memberi latihan kepada peserta tentang versi terkini garis panduan MS ISO 15189:2022.

Jabatan Standards Malaysia telah mengeluarkan makluman tentang perubahan ini kepada semua makmal di bawah Sistem Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) terutamanya di bawah Akreditasi Makmal Perubatan untuk bertukar kepada standards versi 2022 ini sebelum Februari 2024. Penganjuran bengkel ini adalah usaha untuk membuat perubahan tersebut. Dua penceramah jemputan iaitu Puan Fariza Wan Abdullah daripada Jabatan Standard Malaysia dan Puan Rozita Abdullah daripada Hospital Sungai Buloh telah memberi penerangan sepanjang bengkel itu diadakan.

Majlis Penutup National Workshop MS ISO 15189:2022 Medical Laboratories – Requirements for Quality and Compentence Peringkat Kebangsaan 2023 telah diadakan pada 5 Oktober 2023 bertempat di Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Majlis yang disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Turut hadir Prof. Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), Dr. Munirah Md Mansor, Ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik dan Penasihat Program National Workshop MS ISO 15189:2022 Peringkat Kebangsaan 2023, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Para tetamu jemputan dan UKM.

Majlis Perhimpunan Kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Bil. 2/2023 – Malaysia Dulu-dulu

18 Sep 2023 2023, Berita
CHERAS, 18 September 2023 – Majlis Perhimpunan Kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Bil. 2/2023 yang diadakan pada pagi tadi bertempat di Galeri Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Majlis yang bertemakan Malaysia dulu-dulu, majlis dimulakan dengan deklamasi sajak yang dicipta oleh Puan Sherin Sokmum, Ketua Unit Terapi Pertuturan, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, dan disampaikan oleh Puan Norliza Dahalan, Jabatan Kewangan.
Fokus utama penganjuran majlis ini adalah untuk memaklumkan kepada warga kerja HCTM mengenai pencapaian dan kecemerlangan yang telah dilakar oleh HCTM bermula dari Januari sehingga September 2023, pembentangan mengenai isu-isu integriti ke arah tadbir urus terbaik dan budaya kerja unggul serta membendung salahlaku dan pelanggaran etika di HCTM. Maklumat berinformasi ini telah disampaikan oleh  YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM.
Sejurus selepas penyampaian ucapan, sesi penyampaian Sijil Penghargaan Penarafan 5 Bintang bagi Pemeriksaan Alih Aset Jabatan-jabatan di HCTM 2023, penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Sukan Rakyat serta pemenang Hiasan Pejabat Sempena Bulan Kemerdekaan dan pemilihan pakaian tercantik berkonsepkan sarong (kain batik/ kain pelikat) telah dijalankan. Pertandingan Sukan Rakyat telah dianjurkan pada Bulan Ogos yang lepas. Seramai 32 orang kakitangan telah menyertai Pertandingan Congkak, dan 37 orang kakitangan menyertai pertandingan Sepak Bulu Ayam. Pemenang yang berjaya membawa pulang wang tunai
Majlis perhimpunan  yang dihadiri hampir 200 orang (termasuk menonton siaran langsung) telah menutup tirai pada jam 11.00 pagi.  Perhimpunan ini turut dihadiri Timbalan-timbalan Pengarah, Timbalan Pendaftar, Ketua-ketua Jabatan dan Warga HCTM.

Audit Penilaian Semula Status Hospital Rakan Bayi HCTM

15 Sep 2023 2023, Berita

Audit Penilaian Semula Status Hospital Rakan Bayi HCTM akan diadakan pada 18 hingga 20 September 2023 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Maklumat Pembukaan Audit dan Penutup Audit adalah seperti di bawah.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi PuanHalijah Bee Md Zain di talian 03-9145 6022 atau e-mel halijahb@ppukm.ukm.edu.my

 

 

 

 

 

 

 

Program Sunathon Parlimen Bandar Tun Razak

26 Ogo 2023 2023, Berita

CHERAS 26 OGOS 2023 – Program Sunathon Parlimen Bandar Tun Razak telah selesai disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak pada pagi tadi di Lobi Utama, Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Pelaksanaan program Sunathon ini merupakan salah satu dari program tanggungjawab sosial korporat (CSR) HCTM dengan melibatkan 48 orang kanak-kanak daripada Parlimen Bandar Tun Razak. Program Sunathon ini merupakan kesinambungan program Karnival Madani; Sihat dan Prihatin Sempena Penutup Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM yang telah berlangsung pada 9 Julai 2023 yang lalu melibatkan penduduk Parlimen Bandar Tun Razak.

Adalah difahamkan selain program Sunathon pada hari ini, beberapa aktiviti CSR HCTM lain juga telah dirancang untuk dilaksanakan khas untuk penduduk Parlimen Bandar Tun Razak. Antara program tersebut ialah Program Pemberian Baucer Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma, Program berkaitan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, Program Kesedaran Berkaitan Dietetik dan Sajian Makanan serta Program berkaitan Kesihatan Mental.

Menurut Dato’ Seri Wan Azizah, semua program ini bakal dilaksanakan di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak untuk manfaat bersama terutamanya dari segi aspek menjalani kehidupan sihat, membentuk masyarakat yang sejahtera selaras dengan kehendak Malaysia Madani. Penganjuran program ini selaras dengan slogan HCTM sendiri iaitu Better, Faster, Friendlier dalam membantu menjayakan agenda universiti, negara dan kerajaan untuk menawarkan perkhidmatan kesihatan terbaik dan mempertingkatkan kepelbagaian kaedah rawatan yang memberi manfaat kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Hadir dalam majlis Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Dekan Fakulti Perubatan UKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM, Timbalan-timbalan Pengarah dan Timbalan Pendaftar HCTM, Encik Mohd Fauzi Abdul Rahim, dan Pengurus Operasi McDonald Kawasan Kuala Lumpur Selatan mewakili Ronald McDonald House Charities Malaysia.

 

Majlis Memori Chow Kit Road

25 Ogo 2023 2023, Berita

CHERAS, 24 Ogos 2023 – Dianggarkan 200 orang warga Kampus Kuala Lumpur UKM (Cheras) yang terdiri daripada pelbagai jabatan telah membanjiri Laluan Hadapan Auditorium untuk menyaksikan Majlis Memori Chow Kit Road iaitu salah satu aktiviti Program Semarak Kemerdekaan yang diadakan pada Bulan Kemerdekaan. Inisiatif Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menerusi Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan diadakan bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan warga Kampus Kuala Lumpur UKM (Cheras) yang akan disambut pada 31 Ogos 2023 nanti.

Majlis Memori Chow Kit Road merupakan program menyambut ambang kemerdekaan yang ke-66 dengan  menggunakan konsep yang diambil daripada konsert jalanan terbesar Allahyarham Sudirman Arshad telah diadakan secara percuma pada 14 April 1986 di Jalan Chow Kit. Konsert penyanyi pop 80-an tersebut telah mencipta sejarah apabila menghimpunkan lebih 100, 000 daripada pelbagai lapisan masyarakat dengan pelbagai latar belakang, kaum, agama dan pendidikan. Sejajar dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini ‘Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’, konsep yang diketengahkan ini telah diterima baik dan mendapat maklum balas positif daripada warga kerja HCTM dan Kampus Kuala Lumpur UKM (Cheras). Antara pengisian program Memori Chow Kit Road ialah perarakan kawad kaki Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur yang diketuai oleh Encik Mohd Shukur Halim, penyerahan Jalur Gemilang oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM kepada Kapten (B) Hamon Rafiz Abd Hamed, Ketua Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur, pengibaran jalur gemilang serta nyanyian lagu Negaraku, nyanyian kior, deklamasi sajak, pakaian terbaik,  dan reruai juadah seperti nasi lemak, kuih, air balang, ubi kayu rebus dan lain-lain.

Antara yang hadir ke Majlis Memori Chow Kit Road ini adalah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM, Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), Ketua-ketua Jabatan dan warga Kampus Kuala Lumpur UKM (Cheras).

 

 

1 13 14 15 16 17 41

Search

+