Majlis Perasmian Minggu Keselamatan Pesakit 2024 Peringkat HCTM

19 Sep 2024 2024, Berita
 Majlis Perasmian Minggu Keselamatan Pesakit 2024 Peringkat HCTM yang diadakan di Lobi Utama, Blok Klinikal HCTM, hari ini telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) wakil Pengarah HCTM. Minggu Keselamatan Pesakit anjuran Unit Kawalan Infeksi telah diadakan pada 17 hingga 20 September 2024. Bertemakan ‘Improving Diagnosis for Patient Safety’ dan slogan ‘Get it right, Make it Right’, sambutan Hari Keselamatan Pesakit disambut pada 17 September setiap tahun bagi memastikan keselamatan pesakit adalah keutamaan dalam mana-mana sistem penjagaan kesihatan.
Di HCTM, keselamatan pesakit adalah berlandaskan Malaysian Patient Safety Goal 2.0 (MPSG 2.0) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terdiri daripada 7 matlamat iaitu Infection Prevention And Control, Safe Surgery Saves Lives, Medication Safety, Transfusion Safety, Fall Prevention, Patient Identification, dan Incident Report And Learning System. Prof. Madya Dr. Jamari dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Unit Kawalan Infeksi dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini bagi mencapai objektif yang disasarkan.
Dalam majlis yang sama, turut diadakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ‘Treasure Hunt’ dan Pakaian terbaik mengikut tema keselamatan pesakit. Hadir sama, Puan Wan Omi Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan, Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Dr. Sharifah Azura Salleh, Ketua Unit Kawalan Infeksi merangkap Ketua Program Minggu Keselamatan Pesakit HCTM 2024, Dr. Siti Nor Emyliana Su’aif, wakil Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Ketua-ketua Jabatan dan warga HCTM.

Sesi Taklimat Transisi ICD-10 kepada ICD-11 HCTM

11 Sep 2024 2024, Berita
YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM telah menghadiri Sesi Taklimat Transisi ICD-10 kepada ICD-11 HCTM bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 3, Bangunan Blok Tambahan, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM, hari ini. Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengekodan Klinikal (ITCC) merupakan salah satu pusat kecemerlangan HCTM yang memainkan peranan dalam pengekodan klinikal, casemix dan bakal mengambil peranan dalam pemusatan data HCTM. Penggunaan ICD-10 iaitu International Classification of Disease Semakan ke -10 kepada ICD-11 dalam pengekodan klinikal merupakan satu lonjakan ke hadapan yang mencerminkan kemajuan dalam bidang perubatan, teknologi, dan pemahaman tentang kesihatan dan penyakit sepanjang beberapa dekad yang lalu. ICD-11 mewakili sistem klasifikasi yang komprehensif dan mesra digital yang lebih selaras dengan persekitaran penjagaan kesihatan masa kini. Implementasi ICD-11 akan dilakukan secara berfasa mulai Januari 2025 di HCTM. Turut hadir, Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), Prof. Madya Dr. Azimatun Noor Aizuddin, Ketua Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengekodan Klinikal (ITCC), Ketua-ketua Jabatan dan warga UKM.

Tayangan Filem Sempena Sambutan Program Merdeka: Tanah Airku Peringkat HCTM

29 Ogo 2024 2024, Berita
Buat julung kalinya, Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah menganjurkan Tayangan Filem Penunggang Agama 2 Sempena Program Merdeka: Tanah Airku Peringkat HCTM di Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM, hari ini. Penunggang Agama 2 merupakan sebuah filem arahan dan lakon layar sutradara muda, Syafiq Yusof.
Tayangan filem ini dimeriahkan dengan penampilan khas, YBhg. Datuk Dr. Yusuf Haslam ACP (K), Pengarah Skop Productions Sdn Bhd diiringi YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM. Sorakan daripada 270 penonton menggamatkan lagi suasana di Auditorium. Berucap dalam majlis, Pengarah HCTM menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Skop Productions kerana memberi penajaan bagi menjayakan program ini. Tambah beliau, tayangan filem ini merupakan tayangan pertama dengan kerjasama Skop Productions Sdn Bhd.
Tayangan turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM bersama isteri, YBhg. Datin Rokiah Yahya. Turut hadir pada tayangan tersebut adalah YBhg. Prof. Datin Dr. Marina Mat Baki, Dekan Fakulti Perubatan UKM, Ahli-ahli Pengurusan HCTM dan Fakulti Perubatan, Ketua-ketua Jabatan dan delegasi Skop Productions Sdn Bhd.

 

Tahniah – HCTM atas pensijilan sebagai Pusat Strok Lanjutan oleh Pertubuhan Stroke Sedunia (World Stroke Organization, WSO)

27 Ogo 2024 2024, Berita

Tahniah kepada Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia atas pensijilan sebagai Pusat Strok Lanjutan oleh Pertubuhan Stroke Sedunia (World Stroke Organization, WSO) pada 22 Ogos 2024. HCTM merupakan 3 hospital pertama di rantau ASEAN yang diiktiraf oleh WSO. Pensijilan ini mengiktiraf kepakaran komprehensif yang dimiliki HCTM dalam memberikan rawatan strok bertaraf dunia dan holistik.

 

Ceramah Motivasi: Merdekakah Pemikiran Kita?

22 Ogo 2024 2024, Berita
Seramai 300 kakitangan Kampus Kuala Lumpur telah menghadiri Program Ceramah Motivasi: Merdekakah Pemikiran Kita? Sempena Kemerdekaan Ke-67 Peringkat Hospital Canselor Tuanku Muhriz di Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM, hari ini. Penganjuran program ini adalah untuk mengupas mengenai kefahaman erti kemerdekaan dan meningkatkan kesejahteraan mental dan fizikal warga kerja. Program anjuran HCTM ini dimulakan dengan perarakan masuk penceramah jemputan, YBhg. Dato’ Ustaz Kazim Elias diiringi dengan alunan selawat. YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin sempat meluangkan masa dan beramah mesra bersama penceramah jemputan sebelum program tersebut bermula.

Bicara HCTM: 45 Minit Bersama Pengarah

15 Ogo 2024 2024, Berita

CHERAS, 13 Ogos 2024 – Seramai 250 orang kakitangan HCTM telah membanjiri Galeri Kompleks Pendididkan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar HCTM untuk menghadiri Bicara HCTM: 45 Minit Bersama Pengarah. Program yang merangkap Perhimpunan Kakitangan yang kedua pada tahun ini menampilkan Pengarah HCTM yang baharu iaitu YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin dan Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid yang baharu menyertai barisan Pengurusan HCTM pada awal Julai yang lalu.

Mengetengahkan  bakat-bakat kakitangan sebagai konsep perhimpunan,  bacaan syair dan pencak silat serta iringan muzik band daripada Jabatan Ortopedik dan Traumatologi mejadi pembukaan  program. Acara diteruskan dengan Ucapan Pengarah HCTM, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin di atas pentas yang disediakan.

Beberapa perkembangan semasa dan prestasi pengurusan di HCTM dari sudut sumber manusia, prasarana, prestasi kewangan dan maklum balas kepuasan pelanggan telah dibentangkan dalam perhimpunan ini.  Antara aktiviti yang sedang giat dan akan dijalankan ialah penggantian bumbung, penggantian lif, penggantian peralatan di Jabatan Radioterapi dan Onkologi, serta penaiktarafan Jabatan Perkhidmatan Kecemasan secara berperingkat.

YBhg. Dato’ dalam ucapanya memaklumkan penggunaan moto baharu UKM iaitu ILMU, MUTU, DAN BUDI adalah untuk dihayati dan diamalkan dalam setiap aspek kehidupan dan tugasan untuk membawa HCTM ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu, slogan HCTM iaitu Better, Faster, Friendlier masih digunakan untuk meningkatkan imej HCTM sebagai hospital pengajar yang memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang.

Turut ditekankan pelaksanaan Pelan Strategik HCTM (2021-2025) diperkasakan secara menyeluruh dengan menggariskan secara terperinci, mencakupi langkah-langkah strategik dan pelan tindakan yang komprehensif bagi mencapai matlamat dalam tempoh yang ditetapkan.

Diakhir ucapan beliau menyeru seluruh warga HCTM menggerakkan momentum CERGAS@BERHEMAH, iaitu kakitangan perlu sihat proaktif dan bertenaga semasa bertugas, serta sentiasa berbudi bahasa, sabar, bijak mengendalikan situasi dalam melayani pelanggan dalaman dan juga pelanggan luar. Program disusuli dengan sesi soal jawab bersama barisan ahli Pengurusan HCTM. Warga HCTM yang hadir dalam perhimpunan berpeluang untuk bertanya terus kepada ahli Pengurusan HCTM mengenai perkara dan isu berkaitan HCTM.

Program menutup tirai dengan persembahan nyanyian ‘Setia’ dan ‘Standing In The Eues Of The World’ daripada Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Intensif dan sesi fotografi beramai-ramai.

 

 

1 9 10 11 12 13 42

Search

+