Program Bingkisan Kasih Aidilfitri 2025

27 Mac 2025 2025, Berita
Program Bingkisan Kasih Aidilfitri 2025 anjuran Pejabat Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dengan kerjasama jabatan-jabatan di bawah portfolio Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), HCTM serta Jabatan Komunikasi Korporat, HCTM telah berlangsung dengan pada 26 Mac 2025 (Rabu), di Ruang Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM.
YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM bersama-sama Ahli Pengurusan HCTM serta ketua jabatan bawah portfolio Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) telah melawat dan menyampaikan 157 hamper raya  kepada pesakit di Wad Ortopedik, Wad Obstetrik & Ginekologi, Wad Perubatan, Wad Surgeri, Wad Onkologi, Wad Warga, dan Wad Eksekutif. Program ini  sebagai tanda keprihatinan pihak HCTM sempena kedatangan Syawal 1446 yang akan disambut tidak lama lagi. Inisiatif seperti ini bukan sahaja memberi semangat kepada pesakit, tetapi juga menunjukkan bahawa masyarakat, terutama pihak hospital, sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan mereka, terutama pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.
Turut bersama dalam program ini adalah YBrs. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), YBrs. Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), YBrs. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) dan YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Ketua-ketua Jabatan dan Warga HCTM.

Search

+