Lawatan Rasmi Delegasi Republik Czech ke HCTM

14 Jun 2023 2023, Berita

CHERAS, 13 Jun 2023 –  Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) melalui Jabatan Anestesiologi Dan Rawatan Intensif telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Republik Czech bertempat di Sukmaria, Blok Klinikal, HCTM. Lawatan rasmi dihadiri oleh H.E. Mr. Jiří Kozák, Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Republik Czech, H.E. Milan Hupcej, Duta Republik Czech bersama Ahli Persatuan Peranti Perubatan Republik Czech. Objektif lawatan adalah untuk objektif memupuk dan pengukuhkan kerjasama dalam pasaran penjagaan kesihatan, penyelidikan dan pendidikan antara Malaysia dan Republik Czech. Antara penyelesaian Penjagaan Kesihatan Czech yang digunakan di HCTM ialah katil ICU, dari LINET Multicare  yang ditempatkan di Unit Terbakar, dan LINET Eleganza 4 dan 5 di ICU Am.

Sesi serahan sumbnagan turut diadakan dalam lawatan rasmi ini ini. Sumbangan katil, ‘Mobile Source Column‘ dan ‘Perinatological Bag Set’ daripada Syarikat Linet, Syarikat MZ Liberec, dan Syarikat EGO Zlin telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Republik Czech kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur yang mewakili Naib Canselor UKM. Program diteruskan dengan lawatan delegasi Republik Czech ke ‘General Intensive Care Unit’ (GICU) HCTM sejurus selepas majlis selesai. Turut hadir dalam lawatan rasmi, Prof. Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi & Sokongan) mewakili Pengarah HCTM, Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), Prof. Madya Dr. Azarinah Izaham, Ketua Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Intensif, Ketua-ketua Jabatan dan Warga HCTM.

Search

+