Hebahan Gangguan Pendaftaran Akaun Sistem E-Vetting 2.0

25 Okt 2021 2021, Berita

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan hebahan atas talian dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) yang dikeluarkan pada 07 Oktober 2021 mengenai perkara ini adalah berkaitan.

Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof. / Datuk/ Datin / Tuan/ Puan yang terlibat dalam urusan pendaftaran baru ke sistem ini perlu membuat pendaftaran secara manual serta mengemukakan maklumat tersebut yang diperlukan seperti di bawah dan hantar ke alamat emel rasmi ejawatan@ppukm.ukm.edu.my untuk tindakan selanjutnya:

a) Borang Pendaftaran Akaun Pengguna Baru Sistem e- Vetting 2.0 ;

b) Format penyediaan salinan kad pengenalan.

Kerjasama dan tindakan segera YBhg. Prof. / Datuk/ Datin / Tuan/ Puan dalam dalam perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

Ketua
Jabatan Sumber Manusia
Hospital Canselor Tuanku Muhriz

Search

+