Lawatan YB Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) HCTM
CHERAS, 17 Mac 2021– Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) hari ini telah menerima kunjungan dari YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
Kunjungan YB Timbalan Menteri diiringi Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor, Kampus Kuala Lumpur (KKL), Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) HCTM, Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) HCTM dan Dr. Sharifa Azura Salleh, Ketua Unit Kawalan Infeksi, HCTM merangkap Ketua Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin, HCTM. Taklimat ringkas telah diberikan oleh Ketua Penyelaras mengenai program vaksinasi yang telah dijalankan mulai 1 Mac 2021 sehingga kini. Program vaksinasi ini akan berlangsung secara berperingkat selama 8 minggu melibatkan 4,134 kakitangan. Vaksin Pfizer ini akan diberikan kepada kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Fakulti Perubatan UKM, Fakulti Pergigian UKM, Institut Biologi Molekul Perubatan, UKM (UMBI), Hospital Pakar Kanak-kanak, UKM dan Pusat Kesihatan Universiti, UKM.
Kehadiran YB Timbalan Menteri sangat signifikan buat semua warga dan telah menyuntik semangat kerja mereka terutama dalam menjalankan tugasan bagi menghadapi penularan wabak COVID-19. Lawatan diakhiri dengan pertemuan ringkas dan tertutup di antara YB Timbalan Menteri dan ahli-ahli Pengurusan HCTM yang berlangsung di Pejabat Pengarah, Kompleks Pendidikan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM.

