Tabung Kebajikan Pesakit HCTM diwujudkan untuk memberi bantuan perubatan kepada pesakit yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan kecemasan dan segera. Melalui penubuhan tabung ini, badan-badan korporat, swasta, pertubuhan-pertubuhan sukarela dan juga orang perseorangan dapat menyampaikan sumbangan bakti untuk pembiayaan rawatan pesakit yang benar-benar memerlukan bantuan.