Objektif Jabatan

  1. Membantu meningkatkan kefungsian sosial pesakit termasuk keluarganya supaya mampu menjadi anggota masyarakat yang produktif dan berdikari sesuai dengan batas keupayaan pesakit akibat dari penyakit yang dialami.

 

  1. Memberikan perkhidmatan kerja sosial perubatan secara profesional dalam membantu mengatasi masalah psikososial pesakit-pesakit mengikut keperluan dan jenis penyakit berasaskan kepada konsep penjagaan pesakit secara menyeluruh (Total Patient Care).

Latar Belakang Jabatan

Jabatan Kerja Sosial Perubatan memberikan perkhidmatan psikososial kepada pesakit-pesakit yang menerima rawatan di Pusat Perubatan UKM melalui kaedah rujukan daripada Pegawai Perubatan, di klinik-klinik dan wad-wad, Jabatan Pemulihan Perubatan dan Unit Hasil&Taksiran, Jabatan Kewangan. Perkhidmatan yang diberikan meliputi penilaian psikososial/sosioekonomi, perundingan kemudahan komuniti,  intervensi krisis, dan rujukan ke sumber komuniti bagi  bantuan  praktikal.

Hubungi Kami

Jabatan Kerja Sosial Perubatan

Pusat Perubatan UKM
Jalan Yaacob Latif
Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Tel : 03-91457880/5761

Fax : 03-91456584

JENIS PERKHIDMATAN

  1. Perkhidmatan penilaian psikosoial/sosioekonomi untuk tujuan :

 

  • Mengenalpasti dan membantu pesakit yang layak mendapatkan kemudahan sumber bantuan.
  • Mengenalpasti kesesuaian/keperluan sokongan emosi dan memberikan bantuan apabila pesakit/keluarga memerlukan bantuan.
  • Penilaian sosioekonomi bagi kes-kes yang telah disaring awal oleh Unit Hasil dan Taksiran bagi pertimbangan pengurangan/pengecualian caj rawatan oleh pihak pengurusan.

 

  1. Perkhidmatan bantuan praktikal dalam bentuk seperti :

 

  • Rujukan kepada pelbagai sumber bantuan bagi pembiayaan kos rawatan/peralatan/ubat-ubatan.
  • Mengesan waris pesakit sebelum discaj hospital.
  • Membantu proses keluar/masuk penginapan Rumah Perantaraan Flat Sri Labuan dan Ronald Mc Donald House PPUKM.
  • Membantu mendapat perlindungan bagi berkaitan perundangan seperti kes keganasan rumah tangga.
  • Membantu mendapatkan penempatan bagi pesakit terdampar.
  • Membantu keperluan kecemasan pesakit semasa rawatan.
  • Rujukan kepada sumber bantuan bagi pesakit yang menghadapi masalah sarahidup atau kekurangan keperluan asas untuk hidup.

 

  1. Perkhidmatan terapi sokongan emosi dan konsultasi :

 

  • Kes keganasan rumahtangga.
  • Kes ibu tanpa nikah.
  • Kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.
  • Kes penyakit kronik yang bermasalah sosial.
  • Kes rogol/liwat
  • Kes-kes kurangupaya.
  • Kes-kes keperluan informasi sumber dalam komuniti.
1 2

Search

+