Sambutan Program Berkhatan Beramai-ramai (SUNATHON) HCTM 2021
Cheras, 11 Disember 2021, – Seramai 81 orang kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak warga UKM, HCTM dan HPKK, anak-anak yatim dari Rumah Tengku Budriah dan Rumah Ronald McDonald serta anak-anak penduduk sekitar Hulu Langat menyertai Program Berkhatan Beramai-ramai (SUNATHON) HCTM 2021.
Program yang dilaksanakan sejak tahun 2003 ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM. Tujuan program ini diadakan adalah atas rasa tanggungjawab sosial pihak HCTM bagi membantu warga kerja dan memudahkan masyarakat setempat.
Turut hadir dalam program ini YBhg. Prof. Dato Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, YBhg. Prof. Dr Raja Affendi, Dekan Fakulti Perubatan, YBsh. En. Mohd Nasri Mohd Nordin, Pengurus Besar Ronald McDonald House Charities Malaysia dan pengurusan tertinggi hospital.











