VISI

Jabatan Radioterapi & Onkologi beriltizam untuk memberikan perawatan kanser secara kuratif dan paliatif yang optimal, profesional dan kos efektif 

 

MISI

Memberikan perkhidmatan kepakaran perawatan kanser secara radikal dan paliatif kepada semua pesakit kanser yang dirujuk dan berdaftar dengan HCTM

 

OBJEKTIF

  1. Memberikan perkhidmatan kepakaran perawatan kanser secara radikal dan paliatif kepada semua pesakit kanser yang dirujuk dan berdaftar dengan HCTM.
  2. Menyediakan kemudahan perawatan kanser yang moden dan canggih.
  3. Menyediakan kakitangan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam perawatan kanser.
  4. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan melalui program Latihan dan Pembelajaran Berterusan
  5. Mencapai dan mengekalkan budaya kerja profesional yang optimal

 

DASAR KUALITI JABATAN

  1. Memastikan 80% kes kanser radikal mencapai kejituan rawatan semasa verifikasi hari pertama.
  2. Memastikan 90% kes simulasi berjaya tanpa diresim.
  3. 90% pesakit menerima rawatan kemoterapi dalam tempoh 10 hari dari tarikh temujanji

 

 

 

PIAGAM PELANGGAN

 

Berkualiti, Efisien dan Profesional