UNIT PERANCANGAN DAN RAWATAN RADIOTERAPI (UPRR)

 

Unit Perancangan dan Rawatan Radioterapi terletak di Aras Bawah Tanah (Basement), Blok Klinikal, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Akses ke unit ini adalah melalui lif yang terletak di luar pintu masuk Unit Rawatan Harian Onkologi (URHO). 

 

Unit Perancangan Rawatan dan Radioterapi (UPRR) bertanggungjawab melaksanakan simulasi, perancangan dan penyampaian rawatan radioterapi yang selamat, tepat dan berkualiti kepada pesakit kanser mengikut preskripsi pakar onkologi.

 

Objektif:

 

  1. Menyediakan perkhidmatan rawatan radioterapi dan brakiterapi bagi pesakit-pesakit kanser  HCTM bagi tujuan rawatan kanser secara radikal atau paliatif 
  2. Memastikan rawatan radioterapi dan brakiterapi dapat dilaksanakan dengan tepat dan sesuai  pada masanya 
  3. Memartabatkan HCTM sebagai sebuah pusat latihan perancangan dan rawatan radioterapi dan brakiterapi bagi pakar-pakar pelatih sarjana klinikal onkologi dan juga pelatih-pelatih juru-xray  terapi (RTT)

 

Operasi

 

Waktu Operasi Unit Perancangan dan Rawatan Radioterapi 

 

Hari  Masa  Aktiviti
Isnin 8.00 pagi – 5.00 petang  Rawatan Radioterapi
9.00 pagi – 11.00 pagi  Pemeriksaan Mingguan (Review)
Selasa  8.00 pagi – 5.00 petang  Simulasi Perancangan
Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang  Rawatan Radioterapi
2.30 petang – 4.00 petang  Pemeriksaan Mingguan (Review)
Khamis 8.00 pagi – 5.00 petang  Simulasi Perancangan
Jumaat 8.00 pagi – 5.00 petang  Rawatan Radioterapi
Sabtu  8.00 pagi – 1.00 petang  CT Simulasi dan rawatan radioterapi bagi kes kecemasan/on-call sahaja

 

Waktu Penutupan Unit Perancangan dan Rawatan Radioterapi (untuk setiap hari bekerja)

 

Hari  Masa
Isnin – Khamis  1.00 tengahari – 2.00 petang
Jumaat  12.15 tengahari – 2.45 petang 
Ahad / Cuti Umum/ Hari kelepasan Am Tutup

 

Jenis Rawatan yang dijalankan di Unit Perancangan dan Rawatan Radioterapi 

  1. Rawatan radioterapi secara 3D-Conformal, IMRT dan VMAT.
  2. Rawatan brakiterapi secara ‘intracavitary’ bagi kes kanser pangkal rahim 
  3. Rawatan brakiterapi ‘intracavitary vaginal vault’ bagi kes kanser rahim 

 

Jenis Peralatan yang digunakan di Unit Perancangan dan Rawatan Radioterapi 

Jabatan Radioterapi dan Onkologi HCTM menawarkan teknik rawatan radioterapi yang moden dan canggih menggunakan peralatan berikut: 

  • 2 CT simulators (16 slice spiral & 116 slice spiral)
  • 2 Dual energy LINAC:
    • Photon 6 & 10 MV
    • Electron 6 – 18 MeV
  • Microselectron HDR

 

 

Alamat :
Unit Perancangan dan Rawatan Radioterapi (UPRR),
Aras Basement (B), Blok Klinikal,
Hospital Canselor Tuanku Muhriz

Telefon :
Bilik Rawatan    : 03 91457958 / 5832
Bilik Simulasi     : 0391455672 / 0391455819
Bilik Fizik          : 03 91455575
Bilik Review       : 03-91455831
Kaunter UPRR   : 03-91455668