Pengenalan

Jabatan Radioterapi dan Onkologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah beroperasi sejak tahun 1997 sehingga kini bertempat di Tingkat 1 dan Aras Basement, Blok Klinikal, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. 

 

Jabatan Radioterapi dan Onkologi, HCTM menyediakan perkhidmatan perawatan kanser secara radikal dan paliatif kepada pesakit yang dirujuk dan berdaftar di Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi rawatan kanser bukan pembedahan “non-surgical” bagi kanser ‘solid’, serta rawatan sokongan untuk pesakit kanser pediatrik dan hematologi melalui terapi sistemik (kemoterapi dan bioterapi), radioterapi dan brakiterapi. Jabatan ini turut menyediakan penilaian, perancangan, pemantauan dan kesinambungan rawatan pesakit menggunakan teknologi radioterapi moden iaitu : 

  • CT simulator (16 slice spiral)
  • CT simulator 4D (116 slice spiral)
  • Dual energy LINAC :
    • Photon 6 & 10 MV
    • Electron 6 – 18 MeV
  • Microselectron HDR

 

Perkhidmatan utama jabatan meliputi Unit Perancangan Rawatan dan Radioterapi (UPRR), Klinik Radioterapi dan Onkologi (KRON), Unit Rawatan Harian Onkologi (URHO) dan Wad Onkologi Tengku Ampuan Afzan (Wad 1F). 

 

Selain berfungsi sebagai pusat perawatan kanser, jabatan ini juga berperanan sebagai pusat latihan klinikal dan subkepakaran dalam bidang onkologi bagi pelbagai program akademik dan profesional .

 

Disamping itu juga, Jabatan terlibat secara aktif dalam pelaksanaan Kajian Klinikal Kanser (Clinical Trials) pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Klinik Radioterapi dan Onkologi

Unit Perancangan dan Rawatan Radioterapi

Unit Rawatan Harian Onkologi

Wad Onkologi Tengku Ampuan Afzan

Mesin Rawatan Radioterapi

Mesin Brakiterapi

Mesin CT-Simulator