UNIT RAWATAN HARIAN ONKOLOGI (URHO)

 

Unit Rawatan Harian Onkologi terletak di Tingkat 1, Blok Klinikal HCTM bersebelahan Wad Onkologi Tengku Ampuan Afzan. 

 

Unit Rawatan Harian Onkologi (URHO) bertanggungjawab menyediakan rawatan harian secara pesakit luar termasuk kemoterapi, terapi bersasar, imunoterapi, rawatan sokongan serta pemantauan keadaan pesakit semasa dan selepas rawatan. Unit ini menyediakan kemudahan sebanyak 16 buah katil dan 4 buah sofa (reclining chair) bagi tujuan perawatan pesakit. 

 

Pengurusan Unit Rawatan Harian Onkologi 

 

Waktu Operasi Unit Rawatan Harian Onkologi

 

Hari  Masa
Isnin – Jumaat  8.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum / Hari kelepasan Am  Tutup

 

Jenis prosedur rawatan di Unit Rawatan Harian Onkologi 

  1. Rawatan Kemoterapi dan Bioterapi 
  2. Rawatan sokongan pesakit 
  3. Transfusi darah 
  4. Pengambilan darah, cucian luka ‘dressing’ dan spesimen yang berkaitan 
  5. Prosedur 

 

Jenis-jenis kes yang dirawat di Unit Rawatan Harian Onkologi 

 

Kes Baru Dengan Temujanji 

Pesakit yang baru dirujuk dari klinik (atau wad) untuk membuat rawatan pertama  samada untuk rawatan hari pertama, pusingan pertama kemoterapi atau bioterapi  atau rawatan sokongan kanser pertama di URHO 

 

Kes Susulan Dengan Temujanji 

Ini melibatkan semua kes yang telah dilihat oleh pakar/pegawai perubatan yang  telah diberi temujanji 

 

Kes Susulan Tanpa Temujanji (Walk In) 

Bermaksud pesakit susulan yang datang ke Unit Rawatan Harian Onkologi tanpa  temujanji 

 

 

Alamat :
Unit Rawatan Harian Onkologi,
Tingkat 1, Blok Klinikal
Hospital Canselor Tuanku Muhriz

Telefon :

03 91457154/6575 (Kaunter)