Pengenalan 5S

Jawatankuasa 5S diwujudkan untuk menyelaras aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan 5S di peringkat Jabatan Radioterapi dan Onkologi. Peranan utama jawatankuasa ini adalah untuk menyelaras 5S di Jabatan Radioterapi dan Onkologi. Jawatankuasa ini berperanan bagi memastikan kesinambungan aktiviti 5S di Jabatan Radioterapi dan Onkologi sentiasa cemerlang dan berterusan. 5S merupakan singkatan kepada perkataan Jepun iaitu Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (Seragam) dan Shitsuke (Sentiasa Amal). 

Peranan Jawatankuasa 5S

Jawatankuasa 5S berperanan seperti berikut:

  • Menyelaraskan aktiviti 5S di Jabatan Radioterapi dan Onkologi
  • Membantu kakitangan didalam aktiviti Kaizen.
  • Mewujudkan suasana yang persekitaran yang sihat di jabatan.

Ahli Jawatankuasa 5S Jabatan Radioterapi dan Onkologi

Fasilitator:

Pn. Nor Haida Baharim

 

Ketua-ketua Zon 5S:

Nama Zon Ketua 
Zon Coral Pn. Nursuriani Zakaria
Zon Flora Pn. Suhaina Mat Tarihan
Zon Lavendar Pn. Muslina Mat Ail
Zon Langkawi Pn. Hartini Jantan
Zon Tropika Pn. Roslina Md Darsah