
UNIT RAWATAN HARIAN ONKOLOGI (URHO)
Unit Rawatan Harian Onkologi terletak di Tingkat 1, Blok Klinikal HCTM bersebelahan Wad Onkologi Tengku Ampuan Afzan.
Unit Rawatan Harian Onkologi (URHO) bertanggungjawab menyediakan rawatan harian secara pesakit luar termasuk kemoterapi, terapi bersasar, imunoterapi, rawatan sokongan serta pemantauan keadaan pesakit semasa dan selepas rawatan. Unit ini menyediakan kemudahan sebanyak 16 buah katil dan 4 buah sofa (reclining chair) bagi tujuan perawatan pesakit.
Pengurusan Unit Rawatan Harian Onkologi
Waktu Operasi Unit Rawatan Harian Onkologi
| Hari | Masa |
| Isnin – Jumaat | 8.00 pagi – 5.00 petang |
| Sabtu, Ahad dan Cuti Umum / Hari kelepasan Am | Tutup |
Jenis prosedur rawatan di Unit Rawatan Harian Onkologi
- Rawatan Kemoterapi dan Bioterapi
- Rawatan sokongan pesakit
- Transfusi darah
- Pengambilan darah, cucian luka ‘dressing’ dan spesimen yang berkaitan
- Prosedur
Jenis-jenis kes yang dirawat di Unit Rawatan Harian Onkologi
Kes Baru Dengan Temujanji
Pesakit yang baru dirujuk dari klinik (atau wad) untuk membuat rawatan pertama samada untuk rawatan hari pertama, pusingan pertama kemoterapi atau bioterapi atau rawatan sokongan kanser pertama di URHO
Kes Susulan Dengan Temujanji
Ini melibatkan semua kes yang telah dilihat oleh pakar/pegawai perubatan yang telah diberi temujanji
Kes Susulan Tanpa Temujanji (Walk In)
Bermaksud pesakit susulan yang datang ke Unit Rawatan Harian Onkologi tanpa temujanji




Alamat :
Unit Rawatan Harian Onkologi,
Tingkat 1, Blok Klinikal
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Telefon :
03 91457154/6575 (Kaunter)