1. UBAT MELALUI POS (UMP)
Perkhidmatan UMP dengan kerjasama Pos Malaysia merupakan salah satu daripada perkhidmatan baru yang telah diwujudkan oleh Jabatan Farmasi.
Kriteria Perkhidmatan UMP
| PESAKIT |
|
| PRESKRIPSI |
|
| UBAT |
|
Cara Mendaftar Perkhidmatan UMP
- Simpan nombor telefon UMP dalam telefon anda (pastikan nama profil ‘UMP HCTM’. 018-9682218
- Muat turun Aplikasi Telegram Messenger dari Playstore (Android) atau Appstore (Apple) atau imbas kod QR dibawah.
- Buka aplikasi Telegram dan hantar mesej ke UMP bersama butiran berikut
Nama Pesakit
RN (Nombor daftar, contoh N123456 / M123456)
Alamat penuh destinasi - Sila tunggu arahan seterusnya
- Pesanan akan dilayan dalam masa 2-3 hari waktu bekerja 8:30 a.m. – 4.30 p.m., Isnin – Jumaat.
Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-91456990 atau mesej Telegram 018-9682218
Peringatan
- Sebarang pembatalan Perkhidmatan UMP harus dibuat sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh bekalan susulan
- Jangkakan kelewatan pihak UMP untuk membalas mesej di Telegram berikutan permintaan yang tinggi.
- Bekalan ubat akan dihantar sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh bekalan ubat susulan tersebut.
- Kiriman ubat boleh dihantar mengikut lokasi pilihan pesakit sama ada dirumah ataupun di pejabat.
- Kadar cas kiriman Perkhidmatan UMP bergantung kepada destinasi dan berat ubat yang dihantar (serendah RM5.30).
- Sila hubungi pihak Perkhidmatan UMP sekiranya ubat yang diterima tidak sama dengan preskripsi.
Imbas kod QR untuk muat turun Aplikasi Telegram Messenger

2. PERKHIDMATAN PANGGIL DAN AMBIL (PDA)
Perkhimatan PDA ialah perkhidmatan yang diwujudkan untuk menjimatkan masa menunggu pesakit di farmasi, tanpa perlu mengambil nombor giliran.
Syarat-syarat
- Hanya untuk preskripsi ulangan.
- Untuk pesakit berstatus percuma sahaja.
- Hanya untuk ubat formulari sahaja.
Cara Mendaftar Perkhidmatan PDA
- Telefon 03-91458241 selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh pengambilan ubat.
- Sediakan butiran berikut:
Nama Pesakit
RN (Nombor daftar, cth N123456 / M123456)
Tarikh pengambilan ubat
Nombor siri PDA (untuk pengguna sedia ada)
Klinik berkenaan - Dapatkan nombor siri PDA dari staf yang bertugas (pendaftaran baru)
Hari Pengambilan Ubat
- Hadir ke kaunter 2 Farmasi Pesakit Luar Utama, pada hari bekerja 7.30 pagi – 6.00 petang.
- Kemukakan nombor siri PDA yang diberi.
- Ambil dan semak silang ubat yang diterima bersama preskripsi. Pastikan ubat yang diterima cukup dan betul.