Pesakit HCTM yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar boleh mendapatkan bekalan ubat-ubatan di Farmasi Pesakit Luar Utama/Satelit. Berikut adalah carta alir untuk mendapatkan bekalan ubat.

 

  1. Pesakit HCTM
  2. Berjumpa doktor di klinik. Buku temujanji biru diperlukan
  3. Ubat ulangan. Preskripsi asal diperlukan
  4. Pesakit yang temujanjinya ditunda atau surat ubat tamat tempoh perlu ke klinik untuk lanjutan tempoh surat ubat
  5. Pesakit yang tidak membawa/ hilang surat ubat (preskripsi) asal – akan diberikan Salinan surat ubat dan perlu berjumpa dengan Pegawai Farmasi untuk mendapatkan pengesahan surat ubat
  6. Sila semak status anda sebelum mengambil ubat di Farmasi di kaunter kewangan
  7. PERCUMA – Terus ke Farmasi Pesakit Luar Utama/ Satelit
  8. BERBAYAR – Buat pembayaran di kaunter klinik/ kaunter kewangan (maximum RM80 untuk 2 bulan) dan bawa resit bayaran ke Kaunter Farmasi
  9. PANEL – Buat pengesahan di Kaunter Kewangan sebelum ke Farmasi
  10. Sila dapatkan nombor giliran di Farmasi Pesakit Luar Utama/ Satelit
  11. Tunggu giliran untuk mendapat ubat Formulari
  12. Jika ada ubat berstatus Non- Formulary, pesakit perlu bawa preskripsi ke Farmasi NF untuk pembelian ubat