Pelancaran Program CAKNE PPUKMGold Ribbon Ride 2021 (CGRR21)
Cheras, 17 November 2021 – Majlis Pelancaran Program CAKNE PPUKM Gold Ribbon Ride 2021 (CGRR21) telah diadakan pada pagi tadi di Lobi Utama, Blok Klinikal, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu yang berkaitan kanser dan mensasarkan kutipan dana sebanyak RM50,000 bagi membiayai pelbagai perkhidmatan untuk membantu pesakit kanser kanak kanak dan keluarga. Kayuhan sejauh 500 km dari Seremban ke Pulau Pinang akan dimulakan pada 27 November 2021 dan berakhir pada 4 Disember 2021 di Universiti Sains Malaysia akan disertai oleh Tuan Haji Mohd Shah Awaluddin, Pengasas CAKNE (Persatuan Sokongan Kanser Kanak-kanak Pusat Perubatan UKM) bersama Encik Muhammad Rohaizad Roslan yang merupakan bekas pesakit kanser kanak-kanak yang berjaya dirawat di HCTM. Majlis pelancaran ini telah dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor, Kampus Kuala Lumpur (KKL), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Tuan Haji Mohd Shah Awaluddin, Pengasas CAKNE (Persatuan Sokongan Kanser Kanak-kanak Pusat Perubatan UKM). Kutipan dana melalui program ini diharapkan dapat membantu lebih ramai lagi pesakit kanser kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di HCTM.




