Khidmat Masyarakat : SEMARAK MERDEKA JPMD 2017 – SEHATI SEJIWA

21 Sep 2017

Kuala Lumpur: Dalam usaha membentuk semangat patriotisme dan membentuk jiwa merdeka dikalangan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik di Hospital Censelor Tuanku Mukriz, PPUKM, sempena hari Kemerdekan Malaysia ke-60 tahun dan Hari Malaysia, dengan inisiatif sekumpulan kakitangan Gugusan Mikrobiologi yang diketuai oleh En. Mohd Tarmidzi bin Mohd Mokhtar telah menganjurkan program kesedaran berbentuk khidmat masyarakat yang diberi nama ‘Semarak Merdeka JPMD 2017’ dengan slogan ‘Sehati Sejiwa’.

 

Pengajuran program yang julung kali di peringkat jabatan, bermula pada 21 Ogos 2017 sehingga 16 September 2017, dengan beberapa program yang berbentuk pengisian telah diatur untuk membangkitkan dan menunjukkan semangat patriotik di kalangan kakitangan, pelanggan dan orang awam yang berurusan di makmal Mikrobiologi, JPMD.

Berbagai aktiviti diadakan sepanjang program diantaranya menghias Kaunter Penerimaan Spesimen Mikrobiologi dengan Jalur Gemilang dan negeri- negeri di Malaysia, melukis poster Merdeka Sehati Sejiwa, pertandingan JomSwafoto@SelfiMerdeka, dan tandatangan sokongan Ikrar Kami Sayang Malaysia di poster Merdeka Sehati Sejiwa.


Upacara perasmian dan pelancaran Progam Semarak Merdeka JPMD 2017 Sehati Sejiwa, merupakan acara kemuncak telah selamat diadakan pada 29 Ogos 2017. Majlis perasmian dan pelancaran yang ringkas telah disempurnakan oleh Dr. Hanita Othman selaku Ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik. Semasa ucapan perasmian Dr. Hanita, pemilihan tema Sehati Sejiwa ini adalah sangat tepat dan amat bersetuju kerana merupakan ramuan dalam berkerja berpasukan untuk mencapai kejayaan yang telah pun capai sehingga pada masa kini. Tambah lagi beliau, mengingatkan kata azimat ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’ sudah cukup menggambarkan betapa kita perlu bersatu hati. Majlis perasmian ini semakin meriah dan gemilang dengan tema baju kakitangan yang hadir  berkonsepkan warna- warna Jalur Gemilang, bacaan ikrar Rukun Negara, nyanyian Negaraku, Jalur Gemilang dan lagu- lagu patriotik.


Program ini telah berjaya menarik sokongan seramai 80 kakitangan berbagai peringkat yang berkhidmat di JPMD.

 

Pencapaian : PRODUCTIVITY CHAMPION MPC

22 Aug 2017


PRODUCTIVITY CHAMPION

Pada 28 Julai 2017 seorang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik iaitu Cik Nor Azura Rosidi telah menerima pengiktirafan sijil Productivity Champion dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Sijil ini telah disampaikan sendiri oleh Dato` Mohd. Razali Hussain, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Pengiktirafan ini diberikan kepada individu-individu yang telah memberikan sumbangan berkaitan usaha-usaha peningkatan produktiviti sama ada di peringkat organisasi, industri, komuniti atau Negara yang meliputi usaha calon di dalam menjalankan tugas, kepakaran teknikal, kepimpinan, inovasi atau tugas yang signifikan menyumbang kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti.

Cik Nor Azura Rosidi telah terlibat dengan Kumpulan Inovatif dan Keatif (KIK) jabatan bermula dari tahun 2005 lagi dengan penyertaan dalam kumpulan PERMADI (2005-2006) dan PERMADI 1 (2012-2013) selaku ketua kumpulan.
Cik Nor Azura Rosidi telah dilantik menjadi pengurus KIK Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik. Beliau juga secara tidak langsung terlibat dengan kumpulan-kumpulan KIK jabatan dan memberikan nasihat serta tunjuk ajar. Antara kumpulan KIK JPMD yang berada dibawah pengurusan beliau adalah kumpulan B-FACTOR (2014-2015) dan B-MED (2015-2017).

Berikut adalah aktiviti yang disertai oleh beliau dalam usaha-usaha peningkatan produktiviti di UKM DAN PPUKM :

1. 2017 – 2019 – Duta Harta Intelek Universiti Kebangsaan Malaysia.
2. 2017 – 2017 – Penceramah Bengkel Lean Kaizen, PPUKM.
3. 2016 – 2017 – Fasilitator Projek GerakNovasi UKM.
4. 2016 – 2017 – Pengurus Jawatankuasa KIK JPMD PPUKM
5. 2015 – 2017 – Penceramah & Fasilitator Bengkel Kumpulan Inovatif Kreatif PPUKM.
6. 2015 – 2017 – Ahli Jawatankuasa Pemandu Kumpulan Inovatif Kreatif PPUKM.
7. 2015 – 2017 – Pegawai Program Kawalan Kualiti Six Sigma Unit Makmal Patologi Kimia , PPUKM.
8. 2015 – 2015 – Penceramah Khusus Pemikiran Kreatif PPUKM.
9. 2014 – 2017 – Juruaudit Kualiti Dalaman MS ISO 15189, PPUKM.
10. 2014 – 2017 – Penceramah ( Unit Patologi Kimia ) Program Orentasi Doktor Perubatan Skop Makmal HCTM PPUKM.

Selain itu beliau juga terlibat dalam beberapa penyelidikan sejak dari tahun 2014. Tahniah diucapkan dan semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga JPMD dalam usaha-usaha peningkatan produktiviti.

 

Laporan Oleh : Raja Mohamad Hafiz Raja Zahari (22/08/2017)

Bengkel : Phlebotomy Training Workshop

9 Aug 2017


Isnin, 24 – 25 Julai 2017 Bahagian Pengambilan Darah JPMD telah menganjurkan ‘Phlebotomy Training Workshop’ selama dua hari bertempat di Dewan Kuliah 1, Blok Pra-klinikal, HCTM, PPUKM. Bengkel ini mensasarkan penyertaan daripada pihak luar PPUKM dan dikenakan bayaran bagi setiap penyertaan. Sasaran penyertaan adalah seramai 20 peserta tetapi terpaksa di buka kepada 30 peserta kerana sambutan yang sangat baik.

Antara organisasi yang menyertai bengkel ini ialah Kolej Teknologi Makmal Perubatan KTMP (8 orang), Pantai Premier Pathology (6 orang), Premier Diagnostic (4 orang), Prince Court Medical Centre (3 orang), Fakulti Sains Kesihatan UKMKL (2 orang), Fakulti Farmasi UKMKL (2 orang), Prima Lab (2 orang), Pusat Kesihatan UKM (1 orang) dan Quantum Diagnostic (1 orang).

Bengkel ini dianjurkan dengan usahasama syarikat pembekal, Becton Dickinson (BD) yang mengkhususkan pengenalan dan pembelajaran teknik pengambilan darah yang betul menggunakan kaedah vacutainer (tiub bervakum) secara teori dan praktikal. Para peserta dikehendaki menjalani penilaian teori (bertulis) dan praktikal (dummy) di penghujung bengkel untuk menilai keberkesanan latihan dan pendedahan yang diberikan.

Sesi praktikal dan penilaian teknik pengambilan darah dikendalikan oleh kakitangan Bahagian Pengambilan Darah yang bertindak sebagai fasilitator bengkel.

Antara penceramah yang menjayakan bengkel ini ialah Cik May Ong Foong, Senior Clinical Specialist dari Becton Dickinson (BD), Dr. Hanita Othman, Ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik PPUKM dan Prof. Madya Dr Norzana Abd Ghafar, Ketua Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan UKM.

Untuk penganjuran bengkel ini buat pertama kalinya, pihak JPMD berasa sangat bersyukur atas sambutan yang sangat baik dari para peserta dan berharap dapat meneruskan bengkel ini sebagai acara tahunan.

Laporan : Mohd Izwan Mohd Shamsudin
Gambar : Mohd Izwan Mohd Shamsudin

<Galeri Gambar>

Majlis Tadarus Al-Quran

20 Jun 2017

Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran JPMD
Selasa, 20 Jun 2017 Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HCTM, UKM telah menganjurkan majlis Tadarus & Khatam Al- Quran dan dibuka kepada semua kakitangan JPMD.



Objektif penganjuran program kerohanian ini adalah bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadhan dengan bacaan Al-Quran.

Program dimulakan dengan bacaan Al-Quran, doa khatam Al-Quran dan disempurnakan dengan penyampaian jamuan ringan kepada peserta-peserta. Semoga program ini diberkati sebagai satu ibadah di bulan yang mulia ini.

Khidmat Masyarakat : Ombak Rindu 2016 Unit Bakteriologi

3 Jan 2017

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT OMBAK RINDU 2016
UNIT BAKTERIOLOGI, JPMD DI PANTAI BAGAN LALANG, SEPANG
k-masyarakat-ombak-rindu-2016
Pada 30 Julai 2016,  Unit Bakteriologi,JPMD telah menganjurkan program khidmat masyarakat “Ombak Rindu” di Pantai Bagan Lalang, Sepang yang melibatkan 50 orang peserta. Para peserta sampai di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada pukul 9 pagi. Sebelum bermulanya aktiviti, peserta dijamu dengan sarapan pagi yang telah disediakan. Program kemudian telah dirasmikan oleh Puan Roszita Ibrahim selaku Pegawai Sains Kanan bagi mewakili Dr. Hanita Othman selaku ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik.

Peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk membersihkan sekitar kawasan pantai. Segala keperluan untuk melakukan pembersihan telah disediakan seperti plastik sampah, prongkes, pencakar dan sarung tangan. Disamping itu, para peserta turut mengedarkan risalah kesedaran tentang jangkitan kuman kepada orang awam untuk meningkatkan kesedaran menjaga kebersihan. Aktiviti tamat pada pukul 12 tengahari. Sebelum pulang ke HTCM, peserta telah dijamu dengan makan tengah hari.
k-masyarakat-ombak-rindu-2016-2
Secara keseluruhannya, program ini telah menjadi satu kenangan yang amat berharga kepada semua peserta. Program ini telah memberikan impak yang positif di dalam diri peserta terutamanya mengeratkan ukhuwah antara masyarakat setempat disamping memulihara dan memelihara alam sekitar. Diharap agar program seperti ini akan terus dijalankan melibatkan penjawat awam dengan masyarakat luar.

Laporan Oleh: Raja Mohamad Hafiz Raja Zahari

Taklimat : Penggunaan Alat Pemadam Api

1 Nov 2016

Media
Pada 31 Oktober 2016,  Satu taklimat penggunaan alat pemadam api telah dijalankan oleh Unit Penyediaan Media JPMD bertempat di makmal Penyediaan Media dan demonstrasi penggunaan telah diadakan di ruang pakir. Taklimat disampaikan oleh Tuan Hj Sukeri Kasni selaku Pegawai Insiden JPMD.
Media Media
Fokus utama taklimat ini adalah sebagai proses pembelajaran berterusan kepada kakitangan. Objektif utama taklimat ini adalah untuk memastikan kakitangan mempunyai pengetahuan dan sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana kebakaran di tempat kerja.

Diharap kakitangan mendapat manfaat dan dapat memastikan suasana kerja yang selamat.

Laporan : Abdul Hamydy
Gambar : Abdul Hamydy

Bengkel : Menjawab Ketidakpatuhan Audit & Kawalan Ketidakpatuhan Dalam Iso 15189:2014

18 Oct 2016

Bengkel ISO
Selasa,18-19 oktober 2016 Jawatankuasa ISO dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan JPMD telah menganjurkan Bengkel Menjawab Ketidakpatuhan Audit dan Kawalan Ketidakpatuhan Dalam MS ISO 15189:2014 bertempat di Auditorium UMBI, PPUKM.
Bengkel ISO Bengkel ISO
Seramai lebih kurang 50 orang kakitangan telah menyertai bengkel 2 hari ini. Objektif penganjuran bengkel ini adalah memberi latihan dan kefahaman berkenaan Kaedah Menjawab Ketidakpatuhan Audit dan Kawalan Ketidakpatuhan dalam MS ISO 15189 kepada Juru Audit Dalaman JPMD.
Bengkel ISO Bengkel ISO
Pihak JPMD telah menjemput Ybhg. En Hasfaniezam Abu Hasan Senior Executive (trainer & Consultant)  Quality, Environment, Safety and Health Section SIRIM, selaku penceramah pada bengkel tersebut. Pihak JPMD mengharapkan melalui bengkel yang dijalankan, para pesrta dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

Laporan : Abdul Hamydy
Gambar : Abdul Hamydy

<Galeri Gambar>

Bengkel : Pengukuhan Pengurusan Kawalan Kualiti Skop Ujian Kualitatif

13 Oct 2016

dsc_0045-2
Rabu,12 oktober 2016 Jawatankuasa Jaminan Kualiti dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan JPMD telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Pengurusan Kawalan Kualiti Skop Ujian Kualitatif Berlandaskan MS ISO 15189:2014 bertempat di Bilik Seminar Jabatan Patologi, Tingkat 15, Banggunan Praklinikal, PPUKM.
Bengkel QC Kualitatif Bengkel QC Kualitatif
Seramai lebih kurang 40 orang kakitangan telah menyertai bengkel sehari ini. Objektif penganjuran bengkel ini adalah memberi latihan dan kefahaman berkenaan pengurusan kawalan kualiti makmal di bawah skop pengujian kualitatif dan mengukuhkan kefahaman kakitangan tentang klausa 5.6 standard MS ISO 15189 terhadap pengurusan pengujiamn di makmal.
Bengkel QC Kualitatif Bengkel QC Kualitatif
Pihak JPMD telah menjemput Ybhg. Dr Masita Arip (Head of Centre & Consultant Pathologist, Allergy & Immunology Reserch Center)  dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Prof. Madya Dr Isa Mohamed Rose (Pensyarah dan Pakar Patologi PPUKM)  selaku penceramah pada bengkel tersebut.

Pihak JPMD mengharapkan melalui bengkel yang dijalankan, para pesrta dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

Galeri

Laporan : Abdul Hamydy
Gambar : Abdul Hamydy

Bengkel : Pemantapan Penganalisaan Soalan Kajiselidik

24 Jun 2016

bengkel etika1

Khamis, 2 Jun 2016 Jawatankuasa Etika Kerja dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan JPMD telah menganjurkan Bengkel Penganalisaan Soalan Kajiselidik bertempat di Makmal Komputer Casemix, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar, HCTM, PPUKM.

Seramai lebih kurang 24 orang Pegawai Etika dan Pegawai Sains telah menyertai bengkel sehari ini. Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran kakitangan terlibat dalam menganalisa data kajian soalselidik yang dijalankan menggunakan perisian SPSS seterusnya melaporkan hasil kajian yang mantap dan berkualiti.

bengkel etika4 bengkel etika3

Pihak JPMD telah menjemput Ybhg. Prof. Dr. Shamsul Azhar Shah dari Jabatan Kesihatan Masyarakat selaku penceramah pada bengkel tersebut. Sesi pembelajaran sangat interaktif di mana para peserta boleh berinteraksi secara dua hala dan menjalankan penganalisaan ke atas data kajian sebenar yang telah dilaksanakan oleh JPMD sebelum ini.

Pihak JPMD mengharapkan melalui bengkel yang dijalankan, para pesrta dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari semasa membangunkan, menganalisa dan melaporkan hasil data soalselidik di masa akan datang.

Laporan : Siti Hawa Abu Amis
Gambar : Abdul Hamydy

Kerohanian : Majlis Tazkirah Ramadhan

24 Jun 2016

tazkirahjpmd1

Isnin, 23 Mei 2016 Satu Program Kerohanian telah berjaya dilaksanakan di JPMD bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan pada 6 Jun 2016. Ceramah telah diadakan di ruang legar Pejabat JPMD.

Pihak JPMD telah menjemput Ybhg. Ustaz Mohammad Afandi Che Harun iaitu Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah JAKIM bagi menyampaikan ceramahnya yang bertajuk ‘Andai Ini Ramadhan Terakhirku’.

Program selama sejam ini telah dihadiri oleh sebahagian besar kakitangan di JPMD yang terdiri dari pelbagai gred jawatan. Pengisian ceramah dengan kata-kata nasihat dan amalan-amalan yang dituntut sebelum, semasa dan selepas Ramadhan sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan dan amalan semua kakitangan beragama islam di jabatan ini.

Pihak JPMD mengharapkan agar program kerohanian dan bersifat ilmiah seperti ini dianjurkan selalu supaya dapat mengeratkan ukhwahfillah di kalangan kakitangan. Syabas dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa Etika Kerja JPMD dan semua yang terlibat dalam menganjurkan program ini.

Laporan dan gambar: Siti Hawa Abu Amis

1 4 5 6 7 8 9

Search

+